Ratusan juta bunga dimusnahkan, permintaan berkurangan diganggu penularan wabak

  • By Wendy. V
  • March 30, 2020
  • 0
  • 147 Views

Musim tulip mekar sedang berlansung di Belanda ketika ini tetapi para penanam pokok bunga tersebut terpaksa memusnahkan berjuta-juta bunga setiap hari pada tahun ini. Ini berikutan adegan yang tidak dapat dijangka apabila pandemik koronavirus telah memotong permintaan terhadap bunga itu.

Gunungan bunga tulip, mawar, kekwa dan bunga-bunga lain menunggu untuk dimusnahkan setelah minggu terakhir pasaran pokok bunga terbesar di dunia itu tamat.

Bunga mekar dengan warna terang yang biasanya diberikan sebagai satu tanda romantik atau untuk Hari Ibu, semuanya dikorek dari tanah dan dibuang dalam satu longgokan besar.

“Satu-satunya penyelesaian ialah kita musnahkan mereka,” kata Michel van Schie, jurucakap Royal FloraHolland, sebuah rumah lelongan yang besar untuk bunga.

“Ini adalah kali pertama kita perlu melakukan ini. Lelongan Belanda sudah wujud selama lebih dari seratus tahun, dan ini adalah kali pertama kita berada dalam krisis seperti ini,” katanya lagi. Royal FloraHolland berkata bahawa antara 70 dan 80 peratus pengeluaran bunga tahunan Belanda ini dimusnahkan.

Ini merupakan satu tamparan hebat terhadap Belanda, di mana tulip merupakan simbol identiti kebangsaan seperti kincir angin dan keju.

“Kedai-kedai dan perniagaan ditutup disebabkan oleh wabak koronavirus yang mengakibatkan kesan dramatik,” kata Prisca Kleijn, ketua Persatuan Pengeluar Mentol Diraja.

“Kami tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sebelum ini. Tidak ada permintaan untuk bunga lagi kerana krisis wabak korona di seluruh Eropah.”

Krisis ini datang pada “masa yang paling teruk pada musim untuk penanam tulip,” tambahnya.

“Kami mempunyai Hari Ibu yang bakal datang dan penanam tulip mula menuai dari Januari hingga April-Mei, jadi ia sesuai berada pertengahan musim, apabila mereka perlu mendapatkan wang mereka,” kata Kleijn.

Dengan ramai orang awam seakan lebih menborong stok barang keperluan semasa virus ini menyerang, persatuan itu berkata ia memulakan kempen yang menggalakkan pelanggan untuk “membeli bunga, bukan tisu tandas.”

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *