Amerika Selatan minta penangguhan kelayakan Piala Dunia

  • By Wendy. V
  • March 13, 2020
  • 0
  • 146 Views

Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) meminta FIFA kelmarin untuk menangguhkan perlawanan kejohanan kelayakan untuk Piala Dunia 2022 di Qatar kerana kebimbangan mengenai penularan wabak COVID-19.

“Pasukan Amerika Selatan tersebut berisiko tidak dapat mengawal siapa pemain yang perlu mereka pilih dan siapa yang bermain di Eropah kerana mereka datang dari negara-negara yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap virus tersebut, berkemungkinan mereka ditempatkan dalam kuarantin,” menurut kenyataan dari CONMEBOL, badan bolasepak Amerika Selatan kepada Setiausaha FIFA, Fatma Samoura.

Pertandingan kelayakan Piala Dunia itu akan bermula pada 26 Mac ini.

Menurut kenyataan mereka kepada FIFA sebanyak 10 ahli dari pelbagai negara seperti Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela “telah meminta CONMEBOL untuk pertimbangkan daripada pihak FIFA untuk menangguhkan perlawanan kelayakan Piala Dunia itu.”

Ramai pemain Amerika Selatan yang dipilih untuk bermain di Eropah, di mana wabak virus itu semakin meningkat.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni telah memilih enam pemain yang sedang bersama kelab bola di Itali, di mana virus itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 827 orang dalam masa lebih dua minggu.

Penularan COVID-19 telah mengganggu pelbagai acara sukan utama di seluruh dunia, termasuk bola sepak Serie A Itali yang perlawanannya terpaksa digantung. 

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *