Skip to main content

The Malaysia Post

MOF Kata Menunggu Laporan Rasmi Selepas Kebakaran Marak di Bangunan

Polis Tembak Kenderaan Serbaguna

Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas pemandunya tidak mengendahkan arahan berhenti ketika kejar mengejar laju sejauh 65 kilometer di Batu Gajah semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian 2.50 petang itu, pihaknya menyedari kereta jenis Toyota Innova berwarna putih dipandu dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan pemandunya berhenti tetapi pemandunya sebaliknya memecut laju ke Jalan Gopeng menghala ke Jalan Ipoh -Kampar sebelum menemui jalan buntu berhampiran Malim Nawar.

“Suspek kemudian merempuh kenderaan polis yang menghalang jalan malah cuba merempuh seorang anggota polis.

“Polis kemudian melepaskan tembakan ke arah tayar belakang kiri kenderaan itu tetapi suspek berjaya melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca Lagi | Pihak Berkuasa Wang Singapura Hentikan Nota Dolar untuk Mengurangkan Pelepasan Karbon

Baca Lagi | Penipuan Menawarkan Bantuan Kewangan Keluar dari Kerja Kayu

Kejar Kilometer Panjang

Menurutnya, kejar-mengejar sejauh 65 kilometer itu berakhir apabila kenderaan yang dipandu suspek mengalami kerosakan tayar dan enjin di KM29 Lebuhraya Ipoh-Lumut (arah Lumut) dan polis kemudian menahan suspek.

“Suspek adalah wanita berusia 39 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Dia juga didapati negatif dadah.

“Polis tidak menemui sebarang barang yang mencurigakan di dalam kenderaan itu. Siasatan kami juga mendapati suspek bertindak kerana takut dan dia juga didapati mengalami tekanan emosi,” katanya sambil menambah suspek kini direman lima hari sehingga 9 Dis untuk membantu siasatan.

Kenderaan Polis Rosak

Tambahnya, dalam kejadian itu lima kenderaan polis rosak selepas dirempuh kereta suspek.

Tambahnya, polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Baca Juga:  Kemesraan Que Haidar Fazura Jadi Perhatian, Pelakon Aminkan Doa Peminat

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Penipuan Menawarkan Bantuan Kewangan Keluar dari Kerja Kayu

Read Next

Pasangan Beregu Malaysia Menghadapi Cabutan Sukar di Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF di Bangkok

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *