Jalan sesak teruk di sekitar Lembah Klang semalam membuatkan ramai orang terkandas berjam-jam. Punca kesesakan teruk ini akibat hujan lebat dan pokok tumbang. Lebih teruk lagi, jarak perjalanan sejauh enam kilometer perlu ambill masa hampir lima jam!
Seorang pengguna kongsi pengalaman memandu dari Bangsar South ke Sekolah Kebangsaan Bangsar sebelum dia pulang ke Pantai Hillpark. Perjalanan pergi dan balik itu memakan masa hampir lima jam, walaupun jaraknya hanya sekitar lima hingga enam kilometer.
Seorang lagi pengguna turut berdepan situasi sama apabila mengambil masa tiga jam untuk pulang ke rumah selepas mengambil anak dari taska.
Kejadian pokok tumbang di Lebuhraya Kerinchi Link sekitar jam 5.10 petang turut mencetuskan kesesakan lalu lintas.
Di Selangor, lima kejadian pokok tumbang dilaporkan sekitar Puchong, Selayang dan Rawang susulan cuaca buruk.
Situasi ini pastinya menguji kesabaran pengguna jalan raya, terutama ibu bapa yang perlu mengambil anak selepas waktu kerja.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Punca jalan sesak teruk di Lembah Klang?
Hujan lebat dan kejadian pokok tumbang.
2. Berapa jam untuk perjalanan enam kilometer?
Hampir lima jam bagi perjalanan yang dikongsikan seorang pengguna.
3. Di manakah pokok tumbang dilaporkan?
Lebuhraya Kerinchi Link serta sekitar Puchong, Selayang dan Rawang.







