Skip to main content

The Malaysia Post

Rumah Terbuka Malaysia MADANI- Shahidan Persoal Kenapa Perlis Tiada Dalam Senarai

ARAU: Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau, telah menyuarakan kebimbangan mengenai Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang diadakan oleh kerajaan pusat di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini.

Beliau menganggap tindakan ini sebagai langkah politik yang mungkin menimbulkan prasangka dalam kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, beliau juga meneruskan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri seperti biasa seperti tahun sebelum ini.

Rumah Terbuka Bermotif Politik

Shahidan juga mempertikaikan kenapa hanya enam negeri sahaja yang terlibat dalam program ini dan menganggap ia sebagai satu platform politik.

Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya kerajaan menganjurkan Rumah Terbuka ini sebagai Berkempen bagi PRN, maka Perikatan Nasional (PN) juga boleh melakukan tindakan sama bagi memastikan kemenangan di negeri berkenaan.

Baca lagi | Celcom Malaysia dan M&C Saatchi mengeluarkan filem pendek untuk mengetengahkan sambutan Hari Raya

Shahidan juga menyatakan bahawa pihaknya tidak pasti mengenai niat sebenar kerajaan yang menganjurkan program ini.

Beliau turut menganggap bahawa program ini akan menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat dan sekiranya tujuannya adalah untuk berkempen, beliau dan rakyat akan menentangnya.

Beri Amaran Penolakan Rakyat

Beliau juga memberikan amaran bahawa parti diwakili oleh kerajaan bakal berdepan kekalahan teruk susulan penolakan rakyat dalam PRN nanti jika program ini diteruskan.

Shahidan berkata, walaupun tiada peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen dari blok pembangkang di Parlimen, beliau tetap meneruskan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri seperti biasa sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini.

Baca lagi | Sultan Nazrin Menghadiri Rumah Terbuka CNY peringkat Perak di Tambun

Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Bersama Ahli Parlimen Arau itu telah menjadi tradisi sejak 1986 dan beberapa pemimpin utama PN juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran rumah terbuka itu.

Baca Juga:  Tiga Pelajar Didakwa Lempar Kata Kesat Sebelum Berlaku Kekecohan Di Sekolah

Majlis ini dijadual berlangsung pada hari ini dari jam 10 pagi hingga 2 petang nanti di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Arau, Kubang Gajah.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Ini 10 Bidang Pengajian Yang Paling Mudah Dapat Peluang Kerja – Boleh Try Mohon!

Read Next

Perlu Kosongkan Tanah, Penduduk Rayu Campur Tangan Menteri Besar

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *