The Malaysia Post

Ini 10 Bidang Pengajian Yang Paling Mudah Dapat Peluang Kerja – Boleh Try Mohon!

Kalau anda nak mudah dapat kerja, jangan tersalah pilih bidang pengajian tau masa nak sambung study nanti! Ada bidang pengajian yang tak banyak peluang pekerjaan, jadi sangat penting kalau anda ingin cepat diterima bekerja dan jana pendapatan sendiri.

Bagi anda yang masih keliru bidang apa yang banyak peluang pekerjaan untuk sambung belajar, di bawah ini kami telah senaraikan 10 bidang utama yang mempunyai peluang yang sangat cerah untuk anda cuba mohon.

Jom lihat apakah bidang pengajian tersebut!

Senarai Bidang Pengajian Yang Cerah Peluang Kerja

1. Marketing Digital

Kita sekarang berada di zaman teknologi, jadi kebanyakan syarikat di Malaysia ini memang memerlukan graduate yang arif dalam dunia marketing digital.

Ambil peluang ini, untuk belajar dalam bidang marketing digital supaya keluar nanti, anda boleh cepat-cepat mohon kerja!

2. Perubatan dan Pergigian

Bidang perubatan dan pergigian juga adalah antara bidang yang buka peluang kerjaya yang luas.

Tak dinafikan bidang ini memang susah dan kos pengajiannya juga sangat mahal. Peluang pekerjaan dalam bidang ini adalah seramai 95% diterima bekerja.

3. Sains Veterinary

Seterusnya adalah bidang rawatan kesihatan haiwan yang membuka peluang pekerjaan sehingga 85.3%!
Bidang ini juga sebenarnya banyak perdebatan yang berlaku terutama melibatkan rawatan untuk haiwan yang perlu disamak.

Namun, kebelakangan ini masyarakat mula sedar yang haiwan pun memerlukan rawatan dan penjagaan dan bidang ini mula diterima ramai.

4. Paramedic

Statistik menunjukkan lepasan pelajar paramedic ini 79.8% mereka telah diterima bekerja sebaik sahaja tamat belajar.

Kalau anda nak tahu juga, pengajian paramedic ini merangkumi pengajian mengenai kesihatan fizikal secara holistik dan hanya tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Baca lagi | Ubah Fokus Awal, Tak Perlu Belajar Minggu Pertama Sekolah

5. Seni Bina

Dengar nama seni bina, kepala mula memusing! Bidang pengajian ini pula agak mencabar kerana ia melibatkan ilmu sains dan kemanusiaan.

Namun, mengikut data sebanyak 71.3% daripada graduan lepasan seni bini ini berjaya menempatkan diri dalam pekerjaan. Ramai kan?

6. Kejuruteraan

Sama seperti seni bina, bidang kejuruteraan juga sangat mencabar. Kalau anda nak tahu, graduan dari teknologi kejuruteraan ini boleh bekerja dalam pelbagai bidang besar.

Antaranya bidang industri, pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan. Data juga menunjukkan sebanyak 62.8% berjaya mendapatkan pekerjaan.

7. Sains Komputer

Sains komputer merupakan bidang yang membuat kajian perhitungan dan pemprosesan maklumat sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian dan peluang pekerjaan dalam bidang ini adalah sebanyak 59.1%.

8. Pendidikan

Kalau anda minat bidang psikologi dan sosiologi, boleh mohon bidang pengajian pendidikan ini.

Bidang yang meliputi perkembangan kognitif, fizikal, kreativiti, emosi, bahasa dan estetika manusia ini membuka peluang pekerjaan sebanyak 59.1%.

Baca lagi | Ini 20 Kerja Dari Rumah Yang Boleh Anda Buat

9. Perniagaan

Bidang perniagaan yang mengkhususkan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan ini pula merekodkan sebanyak 49% telah berjaya menempatkan diri dalam dunia pekerjaan.

10. Sains Matematik

Bidang sains matematik pula merupakan bidang kritikal yang membolehkan pelajar membuat analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Bidang ini juga telah berjaya membuktikan seramai 47.1% telah mendapat pekerjaan dengan mudah.

Walaupun semua bidang ini memerlukan ilmu dan kemahiran yang berbeza, namun peluang pekerjaan yang ditawarkan cukup cerah.

Oleh itu, jika anda risau membuang masa dan duit jika memasuki bidang yang salah, apa kata anda belajar bersungguh-sungguh dan memohon semua pekerjaan di atas untuk jaminan masa depan yang cerah.

Read Previous

Komplot dengan Jho Low, Penyanyi Rap The Fugees Disabit Bersalah Atas Tuduhan Jenayah

Read Next

Rumah Terbuka Malaysia MADANI- Shahidan Persoal Kenapa Perlis Tiada Dalam Senarai

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.