The Malaysia Post

Ini 20 Kerja Dari Rumah Yang Boleh Anda Buat

Zaman sekarang ni zaman serba digital maksudnya zaman di mana ekonomi gig sedang berkembang pesat. Oleh itu, tiba masanya untuk anda asah kemahiran dan bakat yang boleh membantu untuk kerja dari rumah.

Jadi, untuk mudahkan anda realisasikannya kali ini kami akan kongsikan senarai kerja yang anda boleh buat dari rumah sebagai rujukan anda.

Senarai 20 Kerja Dari Rumah

Berikut merupakan beberapa jenis kerja dari rumah yang boleh dicari iaitu:

#1. Penulis Bebas (Freelance Writer)

Jika anda mempunyai jiwa penulisan, gunakan kemahiran anda itu untuk jana pendapatan. Boleh dikatakan kebanyakan perniagaan amat memerlukan seorang penulis.

Ini masanya untuk anda bina portfolio dan terus cari kerja dalam bidang ini seperti yang anda mahukan.

#2. Affiliate Marketing (Pemasaran Afiliasi)

Bagi mereka yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, pemasaran afiliasi adalah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi.

Apabila anda menjadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% hingga 60%. Menarik, bukan?

#3. Pembantu Maya Peribadi (Personal Virtual Assistant)

Kerja sampingan dari rumah ini pula sangat sesuai jika anda seorang yang teratur dan boleh lakukan tugas-tugas pejabat contohnya membalas e-mel, pengurusan kalendar syarikat, memasukkan data-data serta uruskan media sosial syarikat.

#4. Pereka Grafik (Graphic Designer)

Permintaan kerja untuk Pereka Grafik memang sangat tinggi. Jadi, gunakan kemahiran yang ada pada diri anda untuk mencubanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran global.

#5. Pereka Animasi (Animator)

Pernah tengok cerita animasi macam Upin Ipin, Ejen Ali ataupun BoBoiBoy? Kalau anda nak tahu, untuk bikin animasi ini, seorang Pereka Animasi sangat diperlukan.

Oleh itu, cepat-cepatlah rebut peluang ini!

#6. Tutor Online

Kalau anda pakar dalam subjek akademik, ini masanya anda jadikan kepakaran anda itu sebagai kerjaya. Daftar sebagai tutor online sekarang!

#7. Dropship

Pilihan yang paling popular kerja dari rumah antaranya adalah menjadi dropship. Dropship ini maksudnya, anda perlu pasarkan produk syarikat orang lain.

Sangat sesuai buat anda yang mahir berkomunikasi dan arif dalam dunia pemasaran.

#8. Perniagaan Makanan

Siapa cakap buka bisnes makanan di rumah tak ada untung? Anda silap banyak tau kalau fikir macam itu. Sekarang ini, permintaan makanan online memang menjadi pilihan ramai.

Jadi, kalau anda ada kemahiran memasak apa kata cuba jual secara online?

#9. Khidmat Pelanggan

Seterusnya pilihan kerja online dari rumah adalah sebagai khidmat pelanggan. Kalau nak bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan ini, anda perlu ada kemahiran komunikasi yang sangat baik serta talian internet yang cukup kuat.

Anda juga perlu tahu selok belok syarikat.

Baca lagi | Kerja Jauh Akan Tetap Disini Dan Akan Bertambah Hingga 2023

#10. Copywriter

Selain itu, pilihan kerja sampingan dari rumah yang seterusnya adalah Copywriter. Sangat sesuai buat anda yang mahir menulis dan bijak menjual.

Caranya adalah dengan menulis tentang sesuatu produk atau servis di mana ia akan menarik perhatian para prospek.

#11. Pengurus Media Sosial

Media sosial merupakan medan utama perniagaan memasarkan produk atau servis mereka sekarang. Jadi, semua ini memerlukan seorang Pengurus Media Sosial.

Jadi, kalau anda mahir dalam pengurusan konten, boleh cuba kerjaya ini!

#12. Pengulas Produk (Product Review)

Cuba semak senarai pengikut anda di media sosial, ramai tak? Haa…. kalau ramai, anda berpeluang cerah untuk jadi Pengulas Produk.

Tambah-tambah kalau pandai bercakap dan tarik perhatian ramai. Bukan cakap kosong tau, berbayar!

#13. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)

Kerja yang sangat senang! Boleh juga cuba untuk memohon sebagai pekerja kemasukan data atau data entry ini!

Ia tidak memerlukan pengalaman jika anda ingin memohonnya.

#14. Penterjemah (Translator)

Best kan kalau pandai bercakap banyak bahasa? Lagi best kalau boleh jadikannya sebagai kerjaya! Dekat Malaysia ini, banyak sebenarnya syarikat yang sedang cari Penterjemah.

Oleh itu, kalau anda mahir dalam bahasa tertentu, bolehlah try mohon!

#15. Pengaturcara Komputer (Programmer)

Bukan mudah tau nak jadi Programmer ni, tambah-tambah bahasa yang digunakan tu banyak sangat. Tapi kalau anda pakar, boleh cuba!

Lumayan gajinya!

#16. Youtuber

Seorang youtuber pun merupakan kerjaya juga tau! Tambah-tambah kalau konten yang anda buat tu gempak dan unik lepas itu jadi viral!

Memang lumayan lah ganjaran yang akan anda dapat!

#17. Pembangun Web (Web Developer)

Yang ini memang tugas penting! Boleh dikatakan semua syarikat memerlukan seorang Web Developer. Boleh cuba kalau anda pakar dalam bidang ini!

Baca lagi | Pembuat Kasut Vietnam untuk Nike, Adidas Potong 6,000 Pekerjaan

#18. Pengulas Buku

Kerja dari rumah ini pula sangat sesuai jika anda seorang pencinta buku! Buat review dan tunggu duit masuk tetapi dengan syarat anda perlu ada kemahiran bahasa dan analisis yang baik sebabnya kerja ini masih baru lagi dekat Malaysia dan banyak peluang datangnya dari di luar negara.

#19. Pembangun Aplikasi Mudah Alih (Mobile App Developer)

Merupakan antara kemahiran yang tengah panas dibangun dalam industri sekarang.

Cuba cari kerja di syarikat secara atas talian atau anda boleh juga cuba untuk bina aplikasi-aplikasi sendiri contohnya seperti aplikasi berkaitan permainan.

#20. Editor video

Ia merupakan kerja yang mudah dilakukan di rumah kerana memerlukan perisian. Jika anda mempunyai semua kelengkapan dan mampu menghasilkan video yang menarik, amat mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Melalui perkongsian ini, anda nampak tak betapa banyaknya peluang yang ada untuk anda bekerja dari rumah. Apa yang perlu anda buat hanya rajin meneroka dan tahu selok-beloknya.

Read Previous

“Rakyat boleh nilai sendiri” – Sanusi

Read Next

Bangga Dengan Aksi Cemerlang Skuad B-17 Di Qatar

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.