The Malaysia Post

Polis Perak Rampas Meth Bernilai RM3.5m Dalam Ops Khas Tapis

Polis Rampas hampir 100kg Meth Bernilai RM3.5m

Polis Perak merampas hampir 100kg dadah bernilai sekitar RM3.5 juta selepas menahan seorang lelaki di sini dalam Ops Khas Tapis yang diadakan selama tiga hari di beberapa kawasan di Perak dari 6 hingga 8 Disember lalu.

Ketua Polis Negeri Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Medan Ipoh di sini pada Rabu kira-kira jam 1.40 tengah hari.

“Setelah menyerbu rumah itu, kami menemui 95 paket teh mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 96.020 gram.

“Nilai dadah yang dirampas ialah RM3,456,720 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Perak di sini.

Rampas Rangkaian Dadah

Katanya, dadah yang dirampas itu disyaki diedar di kawasan sekitar Ipoh dan Lembah Klang dan mencukupi untuk menampung 120,000 penagih dadah.

Mohd Yusri berkata, suspek berusia 37 tahun yang merupakan bookie pertaruhan haram didapati negatif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau juga berkaitan dadah.

“Suspek kini direman tujuh hari sehingga 11 Disember ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Katanya, dadah yang dirampas itu disyaki diedar di kawasan sekitar Ipoh dan Lembah Klang dan mencukupi untuk menampung 120,000 penagih dadah.

Secara berasingan, Mohd Yusri berkata polis turut menahan seramai 518 individu termasuk lapan wanita di sekitar Perak dalam Ops Tapis yang sama.

Beliau juga berkata terdapat 21 warga asing daripada tangkapan itu — lima warga Myanmar, sembilan warga Indonesia, enam warga Thailand dan seorang warga India.

“Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 70 tahun,” katanya.

Baca Lagi | Mengutamakan Transformasi Sektor Air Malaysia

Baca Lagi | Kes Demam Denggi Meningkat 11.6pc dalam Minggu Epidemiologi Ke-48

Akta Dadah Berbahaya 1952

Beliau berkata, 64 individu ditahan kerana membekal dadah, 119 kerana memiliki dadah manakala baki 319 adalah penagih dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Daripada individu yang ditahan, polis turut mengenal pasti tujuh penagih dadah tegar, yang akan diambil tindakan mengikut Seksyen 39C Akta sama, yang membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan tidak lebih tiga sebatan,” katanya.

Rampasan Polis Secara Keseluruhan

Mohd Yusri turut berkata polis merampas 832.89 gram heroin, methamphetamine (96,286.08 gram), ganja (46.88 gram), daun ketum (10,500 gram), 39.85 liter cecair ketum dan 0.06 liter cecair kodin dalam operasi itu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ialah RM3,515,322.60 juta.

“Kita turut merampas sebuah kereta, lima motosikal dan wang tunai berjumlah RM28,546,” katanya.

Read Previous

Kes Demam Denggi Meningkat 11.6pc dalam Minggu Epidemiologi Ke-48

Read Next

Anwar Bertemu Agong Bincang Pelantikan Timbalan Menteri

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.