The Malaysia Post

Persatuan Sepaktakraw Akan Merombak Struktur Kejurulatihan Kebangsaan Tidak Lama Lagi

Membaikpulih Struktur Kejurulatihan Kebangsaan

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan merombak struktur kejurulatihan skuad sepak takraw negara tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan.

Beliau berkata legenda sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun, yang kini ketua jurulatih skuad kebangsaan, berkemungkinan akan mengambil alih jawatan pengarah teknikal.

“Kami sebelum ini memutuskan Ahmad Jais akan menjadi ketua jurulatih, tetapi dalam perbincangan dengan MSN (Majlis Sukan Negara) baru-baru ini, (ada perbincangan) supaya beliau berkhidmat sebagai pengarah teknikal.

“Kita perlu mendapatkan kelulusan MSN sebelum mengesahkan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PSM di Stadium Titiwangsa, malam tadi.

Baca Lagi | Saham Asia Tergagap, Perhimpunan Dolar AS Berjeda Ketika Fed Dilihat

Baca Lagi | SKMM Menyiasat TV Hebat Mengenai Tuntutan Pemecatan Penjawat Awam

Kenyataan Mohd Sumali

Menurut Mohd Sumali, barisan kejurulatihan skuad sepak takraw lelaki negara turut termasuk jurulatih ATM Guardians Aswadi Abdullah dan dua legenda sepak takraw negara, Suhaimi Yusof dan Mohammad Zulkarnain Md Arif.

Sementara itu, beliau berkata PSM akan menyemak semula sasaran awal dua pingat emas yang ditetapkan untuk Sukan SEA Kemboja 2023, yang akan berlangsung dari 6 hingga 16 Mei.

“Saya sudah maklumkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa ada penambahan satu acara chinlone yang boleh kita sertai…jadi kita akan maklumkan mengenai sasaran (baharu) itu nanti,” katanya.

Read Previous

SKMM Menyiasat TV Hebat Mengenai Tuntutan Pemecatan Penjawat Awam

Read Next

Menteri Sarawak mahu Undang-undang Negeri Lebih Tegas untuk Melindungi Flora dan Fauna Nadir

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.