Kerjasama Baru Antara Malaysia dan Kanada
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Kanada Justin Trudeau hari ini membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada dalam beberapa bidang, termasuk dalam sektor pendidikan dan tenaga.
Ini antara perkara yang dibincangkan ketika Perdana Menteri Kanada membuat panggilan telefon kepada Anwar untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Anwar menyiarkan video perbualan telefon selama 4.09 minit itu di Facebook nya, berkata: “Kami juga memperbaharui komitmen kami untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tahap yang lebih tinggi.”
Baca Lagi | 6 Cara Betulkan iPhone Terperangkap Pada Logo Apple
Baca Lagi | Panduan Michelin Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 2023
Memperkukuh Kerjasama Dua Hala
Malaysia dan Kanada telah mengukuhkan kerjasama dua hala mereka sejak mereka menjalinkan hubungan diplomatik pada 1957, dengan perdagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada 2021.
Pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun yang lalu bernilai RM789 juta.
Semasa panggilan itu, Trudeau menyatakan minat untuk meningkatkan hubungan dua hala dan menyampaikan terima kasih kepada Malaysia atas sokongannya selama ini.
“Kami menantikan lebih banyak perniagaan, perdagangan dan pelaburan dan bekerjasama lebih lanjut mengenai keselamatan dan juga mewujudkan hubungan yang lebih erat,” tambah Trudeau.