The Malaysia Post

Tun Mahathir: Muhyiddin bukan Perdana Menteri yang tepat

BEIJING, 25 April — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi dialog bersama para pemimpin Korporat China sempena Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa Kedua, hari ini. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bekas Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri kelapan bukanlah pilihan yang tepat kerana tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Dr Mahathir turut mendakwa keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan sebagai sesuatu yang ‘aneh’ memandangkan bloknya mempunyai majoriti yang lebih besar dengan 114 sokongan.

Begitupun, menurutnya, Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau tidak diberi peluang untuk menjelaskan perkara itu kepada Seri Paduka Baginda.

“Saya tidak boleh berkomunikasi dengan istana dan saya tidak berpeluang untuk memberitahu Agong bahawa dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti.

“Jadi yang kalah akan tubuhkan kerajaan manakala yang menang jadi pembangkang dan ini satu situasi yang pelik,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menjelaskan Pakatan Harapan (PH) tidak akan ke Istana Negara bagi menyerahkan akuan bersumpah kepada kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung jumlah sokongan majoriti yang diperoleh ahli Parlimen PH bagi membentuk blok kerajaan.

Mengulas langkah seterusnya, Dr Mahathir berkata, PH akan menunggu sidang Parlimen untuk mengetahui sokongan ahli Parlimen terhadap Muhyiddin.

“Walaupun mereka (blok Muhyiddin) boleh melengahkannya… tetapi apabila orang itu pergi ke Parlimen dan Parlimen menolaknya, maka dia tidak boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Read Previous

Maszlee jelaskan peralihan sokongan beliau terhadap Tun Mahathir

Read Next

Hormati keputusan Yang Di-Pertuan Agong

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Dapatkan artikel terkini, Pekerjaan, hadiah percuma, berita hiburan dihantar terus ke peti masuk anda
170000 subscribers are here