Anda ingin melarikan diri dari cuaca panas dan bercuti di tempat yang sejuk bersama orang tersayang, keluarga, atau kawan-kawan?
Jom berkunjung ke Cameron Highland untuk menikmati udara yang segar, pemandangan indah, dan merasai cuaca sejuk sepanjang tahun.
Anda pasti gembira untuk menghabiskan banyak waktu di tempat yang paling popular dan kesukaan ramai ini.
Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Wajib Dilawati Dengan Aktiviti Menyeronokkan
#1. Taman Teh BOH
Taman Teh BOH di Cameron Highlands menawarkan pemandangan ladang teh yang luas dan ikonik.
Taman merupakan lokasi kilang teh BOH yang pertama dibina iaitu pada tahun 1930-an.
Para pengunjung bukan sahaja dapat melawat kilang teh, tetapi anda juga dapat membeli cenderamata di kedai cenderamata, serta menikmati teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang indah.
#2. Mossy Forest
Anda pernah dengar tentang hutan berlumut misterius di Gunung Brinchang? Anda boleh menjelajahi Mossy Forest di Cameron Highlands yang memiliki suasana seperti dongeng.
Hutan yang penuh dengan lumut ini terletak pada ketinggian 2,032 meter dan terlihat seperti dalam filem Lord Of The Rings atau Avatar. Kami mengesyorkan agar anda menyertai lawatan untuk memudahkan perjalanan anda.
#3. Gunung Jasar
Anda boleh mendaki Gunung Jasar, gunung popular bagi pencinta alam semula jadi dan pendaki gunung.
Laluannya tidaklah terlalu sukar dan anda boleh menikmati pemandangan indah Tanah Rata dan Cameron Highlands dari atas.
#4. Taman Flora Cameron (Cameron Flora Park)
Cameron Flora Park ialah taman bunga di Ladang Kea di Cameron Highlands. Anda boleh berjalan di laluan dan tangga, berkelah di tengah bunga merah jambu yang meluas.
Pastikan anda membawa snek, berpakaian dengan cantik, dan bersedia bergambar di Taman Flora Cameron untuk cipta momen indah!
#5. Taman Lavender Cameron
Antara tarikan popular di Cameron Highlands yang boleh dikunjungi adalah Taman Lavender Cameron ini.
Dipenuhi dengan pelbagai jenis lavender, ros Jepun, bunga seri pagi, bunga tiga bulan, dan bunga daisy menjadikan hari anda lebih segar dengan keindahan kesemua bunga-bunga ini.
Selain itu. anda juga boleh membeli cenderamata dan berpeluang untuk menikmati aiskrim perasa lavender buatan sendiri.
#6. Pasar Ladang Kea (Kea Farm Market)
Pasar ini terkenal dan terbuka kebanyakannya pada waktu siang. Ia adalah tempat terbaik untuk membeli sayur-sayuran segar, buah-buahan, bunga, snek, dan perhiasan kecil yang dijual oleh penjual tempatan dan petani.
Menerokai pasar ini akan memberi anda keseronokan dan peluang untuk mencuba kemahiran tawar-menawar!
#7. The Sheep Sanctuary
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di The Sheep Sanctuary. Ia menempatkan kambing biri-biri yang gebu dan comel di mana anda boleh membelai, memberi makan, dan bermain dengan kambing biri-biri sama ada dalam kurungan atau yang bebas bergerak.
Di sini juga turut disediakan sebuah kafe kecil dengan pemandangan taman untuk membolehkan anda berehat selepas penat berjalan.
Jadi, masukkan The Sheep Sanctuary sebagai salah satu tempat menarik Cameron Highland wajib anda lawati.
Baca lagi | Pemain Pelancongan Kecewa selepas Diketepikan dalam Bajet 2023
#8. Ladang Strawberi
Strawberi merupakan ikon Cameron Highlands selain teh dan sayur segar. Disebabkan di sini mempunyai cuaca yang sejuk, penanaman strawberi dapat dilakukan sepanjang tahun.
Cameron Highlands memiliki banyak ladang strawberi di Tanah Rata, Brinchang, dan Ladang Kea, jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman mengutip strawberi yang besar dan berjus, menikmati produk seperti wafel, aiskrim, biskut, jem, minuman, dan lain-lain.
#9. Cactus Valley
Tempat tempat menarik di Cameron Highland yang seterusnya adalah di Cactus Valley.
Di sini anda boleh membawa pulang pasu-pasu kecil kaktus sebagai buah tangan untuk kawan-kawan dan keluarga.
Ia terletak di cerun bukit dengan pemandangan pekan Brinchang. Terdapat banyak koleksi kaktus, bunga, dan pelbagai jenis tumbuhan hiasan yang boleh anda dapatkan di sini.
Malah, ada juga beberapa spesis kaktus di sini yang tak pernah ditemui di negara lain!
#10. Jim Thompson Tea Room:
Jika anda sedang mencari tempat untuk minum petang, boleh kunjungi Jim Thompson Tea Room yang terletak di Cameron Highlands Resort.
Ia dilengkapi dengan tingkap besar, perabot vintaj, dan hiasan klasik.
Nikmati hidangan yang sangat enak dengan set minum petang disediakan bersama pemanis mulut dan hidangan savuri tiga tingkat atau makan tengah hari.
#11. The Lakehouse
Diinspirasi dari warisan Inggeris, The Lakehouse merupakan sebuah hotel butik gaya kolonial yang sangat cantik terletak di Cameron Highlands yang terletak di sebuah taman yang cantik, dengan gaya bilik serta suite dihiasi indah dengan hiasan antik.
Untuk lebih kenikmatan, anda boleh kunjungi The Lakehouse yang merupakan Lakeview Terrace tempat di mana anda boleh menikmati makan tengah hari, snek atau minum petang gaya Inggeris dan skon sambil berjemur di bawah sinaran matahari.
Baca lagi | 5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Malaysia Pada Bulan Disember 2022 Untuk Perjalanan Yang Menyegarkan
#12. Pasar Malam Golden Hill
Dibuka setiap Jumaat hingga Ahad dari 5 petang sehingga 11 malam, Pasar Malam Cameron Highlands ini merupakan antara tempat menarik di Cameron Highland yang wajib anda lawati.
Ia terletak di Golden Hills, iaitu sebuah kawasan kediaman di Tanah Rata.
Terdapat pebagai gerai yang menjual tanaman segar, buah-buahan, tanaman hiasan, permainan, cenderamata, snek dan banyak lagi.
#13. Taman Rama-Rama
Tempat menarik di Cameron yang selalu menjadi pilihan ramai seterusnya adalah Taman Rama-rama yang terletak di Ladang Kea di Brinchang.
Sangat sesuai untuk dikunjungi bagi anda yang berkeluarga terutama bagi yang mempunyai anak. Selain dapat melihat kecantikan rama-rama, anda dan anak-anak juga berpeluang untuk mengenal spesies rama-rama yang terdapat di sini.
Bukan sahaja rama-rama, terdapat lagi haiwan lain di sini seperti arnab, itik, dan tikus belanda!
#14. Muzium Time Tunnel
Muzium comel yang comel ini terletak di Brinchang. Ia juga merupakan antara salah satu tempat menarik Cameron Highland.
Terdapat pelbagai koleksi-koleksi memorabilia, artifak, dan barang koleksi dari zaman dahulu ditempatkan di sini!
Anda juga boleh bergambarlah di sudut bergambar yang direka berdasarkan suasana nostalgia seperti kedai gunting rambut tradisional, dapur gaya lama, kopitiam klasik, dan banyak lagi.