Pakej haji 2023 dari Malaysia
Malaysia telah meminta Arab Saudi memaklumkan terlebih dahulu mengenai kos yang terlibat dalam urusan haji di Tanah Suci tahun ini bagi memastikan pengurusan terbaik jemaah haji Malaysia.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam catatan di Facebook hari ini berkata perkara itu dibincangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bersama pengurusan TH bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al – Rabiah.
Mohd Na’im dan rombongannya kini dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi bagi membincangkan urusan ibadah haji musim 1444 Hijrah/2023.
Baca Lagi | Superstar YouTube MrBeast Membayar 1,000 Orang untuk Menjalani Pembedahan Katarak
Baca Lagi | ‘King Khan’ India Menghadapi Kemarahan Sayap Kanan apabila Kembali ke Skrin Besar
Menurut TH, turut dibincangkan jumlah asal kuota rasmi jemaah haji Malaysia yang sebelum ini dikurangkan akibat pandemik COVID-19.
“Selain itu, program Laluan Makkah yang menjadikan Malaysia sebagai negara perintis bermula 2017 turut dibincangkan pada mesyuarat ini. Program ini memberi keselesaan kepada jemaah haji negara kerana mereka tidak perlu melalui imigresen apabila tiba di Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.
Pengendalian Haji yang Sistematik
Dalam pertemuan itu juga, Dr Tawfiq memuji TH kerana pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap perkhidmatan yang boleh dicontohi kepada jemaah haji.
Kenyataan itu menyebut bahawa Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas layanan dan kemudahan baik yang sentiasa disediakan kepada jemaah haji negara itu.