The Malaysia Post

Majoriti sokong empat ADUN Bersatu diusir dari DUN Pulau Pinang

Majoriti Ahli Undangan Negeri menyokong usul agar wakil rakyat Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Dr Afif Bahardin, wakil rakyat Seberang Jaya, Zulkifli Ibrahim, wakil rakyat Sungai Acheh dan Zolkifly Md Lazim dari Teluk Bahang meninggalkan dewan segera setelah diperintahkan oleh Speaker Datuk Law Choo Kiang.

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan usul terhadap empat wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menarik sokongan mereka terhadap pihak pentadbiran untuk berundur daripada kerusi mereka. Usul tersebut diluluskan dengan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong usul tersebut.

Berlaku Kekacauan Dalam Dewan

Walaupun salah seorang daripada mereka telah dilantik menjadi ketua pembangkang DUN Pulau Pinang baru-baru ini, kekacauan hari ini membawa Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman untuk mengemukakan usul tersebut, yang kemudian disokong oleh Jagdeep Singh Deo wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari Datuk Keramat dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Baca lagi | Banjir di Segamat: Peniaga Melelong Barang untuk Mengelakkan Kerugian

Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudian memerintahkan wakil rakyat Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Dr Afif Bahardin dari Seberang Jaya, Zulkifli Ibrahim dari Sungai Acheh dan Zolkifly Md Lazim dari Teluk Bahang untuk meninggalkan dewan yang mulia, yang mana mereka mematuhi perintah tersebut.

Usul Semata-Mata Bermotif Politik

Namun, Khaliq Mehtab yang baru sahaja dinamakan sebagai ketua pembangkang baharu di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mewakili Parti Perikatan (PN) menegaskan dalam temu bualnya bersama wartawan bahawa usul yang dicadangkan oleh kerajaan negeri adalah bermotifkan politik dan tidak dilakukan mengikut undang-undang.

Adapun begitu, keempat-empat wakil parti Bersatu ini telah menjangkakan perkara ini berlaku.”Kami sudah menjangkakan keputusan ini. Kami berjanji akan kembali lebih kuat,” kata Khaliq.

Baca lagi | Ditumbuk Sampai Lebam oleh Hafidz Roshdi, Bekas Isteri Alami 10 Jahitan di Wajah

Berbicara tentang ucapan Khaliq Mehtab tersebut, diperkatakan bahawa usul agar Khaliq dan 3 lagi ADUN Bersatu diusir kemungkinan besar terkait dengan isu politik dalaman antara kerajaan dan pembangkang serta mempunyai hubungan dengan penamaan Khaliq sebagai ketua pembangkang.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Banjir di Segamat: Peniaga Melelong Barang untuk Mengelakkan Kerugian

Read Next

Legenda Golf Malaysia Meninggal Dunia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.