The Malaysia Post

Ditumbuk Sampai Lebam oleh Hafidz Roshdi, Bekas Isteri Alami 10 Jahitan di Wajah

Pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sedang dalam pergolakan dalam rumah tangga yang menjadi perhatian, terutama setelah wanita itu dianiaya sehingga mengalami kecederaan dan menerima sepuluh jahitan pada bahagian pipi kiri yang berdekatan dengan mata.

Shuhada mengungkapkan bahawa kecederaan tersebut lebih menyakitkan daripada pengalaman melahirkan. “Jahitan ini lagi sakit daripada melahirkan. Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah lagi susah,” katanya semasa ditemui dalam program Melodi.

Menurutnya, tindakan kasar yang dilakukan oleh Hafidz Roshdi terhadap dirinya adalah hadiah ulang tahun yang ke-29 baginya pada 1 Mac yang lalu. “Saya anggap jahitan ini sebagai hadiah ulang tahun ke-29 saya,” kata Shuhada. Walaupun ingin move on dari Hafidz,

Tidak Akan Putus Hubungan Ayah dan Anak

 Shuhada mengakui bahawa dia tidak akan memutuskan hubungan ayah dan anak. Dia mengatakan bahawa dia tidak bermusuhan dengan bekas suaminya dan tidak ingin menjadikan anak-anak mereka terlibat dalam pergolakan mereka.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam temu ramah tersebut, anak-anak Shuhada dan Hafidz belum mengetahui situasi yang sebenar dan Shuhada juga tidak ingin menjatuhkan imej ayah kepada anak-anaknya itu.

Baca lagi | Menjelang 100 Hari Pentadbiran Anwar Ibrahim

“Mereka memerlukan seorang ayah dan saya tidak akan menghalang hubungan mereka,” katanya. Sebelum ini, Shuhada dilaporkan telah dianiaya oleh Hafidz di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh awal pagi pada hari Khamis yang lalu.

Ucap Talak Secara Telefon

Hafidz dan Nurul Shuhada menikah pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Hafidz telah mengucapkan talak secara telefon di depan keluarga mereka pada 22 Februari lalu. Nurul Shuhada kemudiannya mengemukakan permohonan pengesahan talak di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Kejadian ini mendapat simpati netizen dan ramai warga net mendoakan kesejahteraan Nurul Shuhada dan mencerca perbuatan Hafidz Roshdi yang memukul isterinya itu. Warga net berharap tindakan yang sewajarnya dikenakan terhadap pelakon tersebut diambil oleh pihak berkuasa.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Menjelang 100 Hari Pentadbiran Anwar Ibrahim

Read Next

Banjir di Segamat: Peniaga Melelong Barang untuk Mengelakkan Kerugian

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.