Skip to main content

The Malaysia Post

Liga M3 Tetapkan Had Gaji untuk Pemain Elak Tunggakan

Liga Bola Sepak Amatur

Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menasihatkan semua pasukan yang bertanding dalam Liga M3 musim 2023 supaya menetapkan had gaji bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji.

Beliau berkata setiap pengurusan pasukan perlu bijak dengan strategi mereka ketika merangka jumlah gaji yang akan ditawarkan, selain berbelanja berdasarkan kemampuan kewangan kelab.

“Kami amat prihatin dengan isu tidak bayar gaji dan sentiasa menasihati pasukan semasa mesyuarat diadakan, jangan berbelanja di luar kemampuan mereka.

Baca Lagi | Tanda Zodiak Teratas pada 2023

Baca Lagi | Mendapat Tapak Pada Penghujung Brutal 2022

Pemain Liga Super

“Kita tidak mahu mereka (pasukan M3) mengambil pemain Liga Super yang sebelum ini, mungkin memperoleh RM40,000, juga dibayar dengan kadar yang sama dalam Liga M3. Jadi saya syorkan meletakkan RM10,000 (had gaji) untuk pemain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan AFL bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Melaka Privilege Sdn Bhd, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengesahkan 14 pasukan akan menyertai Liga M3 2023, yang dinaik taraf kepada liga separa profesional yang dijangka bermula Februari depan.

Liga Super 2024

Kejohanan itu akan menggunakan format liga dengan dua pasukan teratas bermain dalam Liga Super 2024.

Mohd Yusoff menambah, rundingan mengenai proses status kewangan sedang dijalankan dengan dua lagi pasukan berminat untuk menyertai Liga M3, dan keputusannya akan diketahui minggu depan.

About Aiman Hakim

432ee74c0c509139124c102a4a9abb130efa5f044ecb9482a23dc132dc082d48?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Saham Asia Meningkat apabila Pelabur Mendapat Tapak Pada Penghujung Brutal 2022

Read Next

Sultan Johor Menganugerahkan Hadirin Kepada PM Anwar Semasa Lawatan Rasmi Pertama

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *