The Malaysia Post

Gempa Bumi di Sumatera Utara, Gegaran Hingga ke Cameron Highlands

Menurut kenyataan Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 86 kilometer dan terletak kira-kira 84 kilometer di barat daya Padang Sidempuan, Indonesia.

Beliau juga turut menyatakan bahawa gempa bumi tersebut berpotensi untuk dirasai di beberapa wilayah termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka serta Johor.

“Namun, tiada ancaman tsunami ke Malaysia,” katanya.

Gegaran dirasai di pelbagai daerah

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JPBM) turut mengesahkan menerima panggilan berkaitan gegaran yang dirasai oleh penghuni Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras, di sini.

Baca lagi | Isteri ND Lala Fail Permohonan Cerai

Menurut jurucakap JPBM KL, pasukan pemadam bersama mesin telah dihantar ke lokasi tersebut untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Semakan di Twitter mendapati pengguna daripada pelbagai lokasi juga merasai gegaran itu.

Antara reaksi termasuk mencari pengesahan insiden tersebut selepas berasa tanah bergoncang.

John Mohamed, sebuah akaun pengguna facebook turut menyatakan bahawa dia merasai gegaran berkenaan sehingga di Cameron Highlands, Pahang.

“Semoga mereka yang terkesan oleh gempa bumi selamat dan sihat,” kata seorang pengguna.

Hingga berita ini ditulis, tiada lagi laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat gempa bumi tersebut. Namun, ia tetap menjadi pengingat akan keperluan untuk sentiasa berwaspada terhadap ancaman bencana alam.

Sumatera utara kawasan berisiko gempa

Kawasan Sumatera Utara memang dikenal sebagai kawasan yang berisiko tinggi untuk berlaku gempa bumi. Terletak pada lingkaran api Pasifik, Indonesia merupakan salah satu negara yang sering terkena gempa bumi dan aktiviti tektonik yang tinggi.

Baca lagi | 4 Ahli Parlimen Diarah Keluar Dewan

Sumatera Utara, khususnya, merupakan wilayah yang berada di dekat zon subduksi di mana ‘tectonic plate‘ bertemu dan terjadi geseran. Keadaan ini menyebabkan banyak rekahan dan sesar di bawah tanah yang dapat memicu gempa bumi.

Beberapa gempa bumi yang pernah terjadi di Sumatera Utara dan sekitarnya termasuk gempa bumi besar di Aceh pada tahun 2004 yang menimbulkan tsunami dahsyat yang merenggut ribuan nyawa.

Kondisi geografis dan geologi yang kompleks ini membuat Sumatera Utara sentiasa dalam pengawasan ketat oleh ahli seismologi dan para peneliti geologi.

Read Previous

Isteri ND Lala Fail Permohonan Cerai

Read Next

Penghapusan Hukuman Mati Mandatori Diluluskan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.