The Malaysia Post

4 Ahli Parlimen Diarah Keluar Dewan

Keadaan Dewan Rakyat kembali kecoh pada Isnin apabila beberapa ahli parlimen diarah keluar dewan ketika membangkitkan isu kenyataan bahawa tanah rizab Melayu di Kedah menunjukkan pengurangan terendah di negara ini. Tiga ahli parlimen, RSN Rayer (PH-Jelutong), Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) diarah keluar dewan pada hari ini.

Selain itu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) yang telah digantung selama tiga hari sejak Rabu lepas turut diarah keluar.

“Menteri bohong”

Semasa membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan 2023, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) membacakan fakta daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah bahawa sejak tahun 1933 hingga kini, tanah rizab Melayu di Kedah mengalami peningkatan sebanyak 408,000 ekar (165,111 hektar). Namun, Lim Guan Eng (PH-Bagan) bangun untuk mempertikaikan perkataan ‘menteri bohong’ yang disebutkan oleh Pendang dan meminta Pendang menarik balik perkataan tersebut kerana melanggar peraturan dewan.

Baca lagi | Cara Download Video Tiktok tanpa Watermark

Pendang mempertahankan dirinya dan berkata bahawa kenyataannya betul berdasarkan fakta dari PTG Kedah. Walau bagaimanapun, Alice Lau Kiong, Timbalan Speaker Dewan Rakyat meminta Pendang menarik balik kenyataan tersebut kerana tidak betul bukanlah bermaksud berbohong. Namun, Pendang tegar menyatakan bahawa kenyataannya adalah benar dan layak, serta menyifatkan kesalahan faktaberkaitan tanah rizab Melayu Kedah tersebut adalah berniat jahat dan berbohong.

Arau ‘biadab’?

Keadaan Dewan Rakyat semakin kecoh apabila Jelutong meminta Arau menarik balik perkataan ‘penyamun’ yang didakwa ditujukan kepada Bagan. Alice turut meminta Arau berbuat demikian dan Arau kemudiannya menjawab bahawa beliau tidak menekan pembesar suara. Jelutong menyatakan Arau sebagai biadab dan mengarah beliau menarik balik perkataan tersebut. Alice meminta kedua-dua ahli parlimen keluar dewan untuk mengelakkan keadaan semakin tidak terkawal.

Baca lagi | Pencarum KWSP Boleh Mohon Pinjaman Bank Mulai 7 April

Akhirnya, Ramli Mohd Noor, Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengambil tempat dan menegur Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) yang dianggap mengabaikan arahan tiga hari gantung sidang. Besut akur dan keluar dewan selepas cuba mempertikaikan arahan tersebut, namun tidak berjaya.

Read Previous

Cara Download Video Tiktok tanpa Watermark

Read Next

Isteri ND Lala Fail Permohonan Cerai

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.