Skip to main content

The Malaysia Post

Ini Sebab Utama Kenapa Singapura Sanggup Beli Tenaga Bersih Dari Malaysia

Malaysia dan Singapura memperkukuh kerjasama tenaga hijau menerusi penubuhan kumpulan kerja bersama bagi menyelaraskan sistem Sijil Tenaga Boleh Baharu (REC).

Kerjasama itu dipersetujui susulan pembaharuan memorandum persefahaman antara Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan Penguasa Pasaran Tenaga Singapura pada 26 Oktober 2026, sempena Singapore International Energy Week (SIEW) 2026.

REC berfungsi sebagai bukti bahawa elektrik dijana daripada sumber boleh baharu seperti solar dan hidro. Penyelarasan sistem ini dijangka meningkatkan keyakinan pelabur serta memudahkan perdagangan tenaga bersih merentas sempadan. Ini antara sebab utama mengapa Singapura sanggup beli tenaga bersih dari Malaysia.

Kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu yang dimiliki Malaysia melebihi lapan gigawatt, namun sijil REC tempatan masih belum dibenarkan dijual ke luar negara.

Singapura turut memberikan kelulusan bersyarat kepada Sembcorp Utilities untuk import sehingga 1.3 gigawatt elektrik rendah karbon melalui projek yang babitkan tenaga solar dari Malaysia dan angin luar pesisir Vietnam. Sasaran import bermula pada 2035, tertakluk kepada kelulusan dan persiapan projek yang dilakukan.

Kerjasama ini membuka peluang lebih besar kepada pembangunan tenaga bersih serta perdagangan elektrik di Asia Tenggara.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Isu Singapura Beli Tenaga Bersih Dari Malaysia

1. Apakah REC?

Sijil bukti mengenai manfaat alam sekitar daripada tenaga yang mana ia boleh diperbaharui.

2. REC Malaysia boleh atau tidak dijual ke luar negara?

Belum dibenarkan buat masa ini.

3. Bilakah import elektrik 1.3GW dijangka bermula?

Disasarkan pada 2035.

Read Previous

Apple Tawar Ganti Percuma Skrin iPhone Duo yang Bermasalah

Read Next

Malaysia Wakil Tunggal ASEAN Di Tier B Piala Dunia B-15

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *