Skip to main content

The Malaysia Post

Wujud Dakwaan Terbaru Dalam Kes Ketua AKPS Shuhaily

Wujud dakwaan terbaru dalam kes ketua AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membabitkan kekerasan ke atas bekas pegawai kanan yang pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak 11 tahun lepas.

Peguam yang mewakili bekas anggota tersebut iaitu Kamal Hisham Jaafar telah membuat permohonan kepada Peguam Negara untuk meneliti semula laporan polis yang telah dibuat pengadu. Beliau juga memohon pertimbangan Mahkamah atas laporan polis yang dibuat pada 19 November 2015 terhadap tertuduh.

Ujar beliau, sehingga ke hari ini masih tiada satu apa pun tindakan yang dibuat terhadap Shuhaily berdasarkan laporan yang dibuat.

Pengadu juga dikatakan berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berkhidmat sebagai anggota polis yang membuatkannya untuk ambil keputusan meletak jawatan dalam PDRM.

Beliau dan seorang lagi peguam iaitu Muhammad Nor Tamrin telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Peguam Negara (AG). Permohonan ini dibuat supaya laporan polis tersebut diteliti dan dipertimbangkan semula mengikut lunas undang-undang bagi menegakkan keadilan buat pengadu membabitkan kes ketua AKPS ini.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah dakwaan terbaru yang dihadapi ketua AKPS?

Seorang bekas anggota polis telah tampil membuat aduan salah laku ketua AKPS terhadapnya 11 tahun lalu.

    Adakah aduan tersebut mendapat perhatian?

    Tidak. Masih tiada apa-apa tindakan sehingga sekarang.

      Adakah kes ketua AKPS tersebut yang membuatkan pengadu letak jawatan polis?

      Betul. Pengadu mengalami kesukaran ketika berkhidmat.

        About Azlan Rosdi

        08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

        Read Previous

        Tahap Kebersihan Tandas di Kelantan Jadi Perhatian, Ramai Setuju!

        Leave a Reply

        Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *