The Malaysia Post

Awas! Ini 8 Tanda Anda Sedang Alami Masalah ‘Anxiety Disorder’

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari merasa gugup, panik, gelisah, bimbang dan sebagainya. Ia merupakan satu lumrah hidup di dunia yang sementara ini. Namun begitu, tak semua merasai hal yang sama kerana ada sebahagian daripada kita yang berlaku terlalu kerap sehingga ia mula menjadi gangguan dan bertukar menjadi satu mimpi ngeri.

Sekiranya anda alaminya terlalu kerap sehingga ia mengganggu kehidupan, anda mungkin sedang alami masalah Anxiety Disorder.

Jadi, apa kata kalau anda cuba semak semua tanda-tanda yang kami kongsikan di bawah ini untuk kenalpasti masalah ini dengan lebih lanjut!

8 Tanda Anda Hidap Anxiety Disorder

Berikut merupakan tanda tanda iaitu simptom Anxiety Disoder iaitu:

#1. Sepanjang Masa Berasa Bimbang

Anda akan sentiasa mengalami keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini akan berterusan selama enam bulan dan boleh menjadi terlalu kronik sehinggakan semua perkara remeh pun anda akan menjadi risau.

Menurut Winston, PsyD, Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson, perbezaan di antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda menyebabkan anda menderita dan hidup pula menjadi tidak terurus.

#2. Kesukaran Untuk Tidur

Antara tanda Anxiety Disorder yang seterusnya adalah anda sukar untuk tidur atau selalu terjaga.

Jadi, sentiasa berwaspada jika anda sukar tidur sehingga semua perkara terbawa-bawa ke dalam mimpi lalu membuatkan anda kerap terjaga kerana ia merupakan salah satu tanda anda sedang alami Anxiety Disorder.

#3. Otot Kejang

Seterusnya adalah anda akan mengalami kekejangan otot secara berterusan di mana ia berlaku akibat respon tubuh terhadap stress yang keterlaluan.

Malah, menurut Anxiety Centre, keadaan ini dilalui oleh kebanyakan pesakit Anxiety.

Baca lagi | Adakah Aktiviti Fizikal Lebih Berkesan daripada Ubat untuk Melawan Kemurungan?

#4. Menghadapi Masalah Penghadaman Kronik

Perasaan resah yang berterusan akan membawa kesan kepada fizikal tubuh. Anda akan mengalami tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome).

Keadaan ini merupakan tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit disebabkan tekanan psikologi.

#5. Nervous Breakdown

Disebabkan suka memendam perasaan, pada satu tahap ia akan membuatkan perasaan anda memuncak yang dipanggil sebagai ‘nervous breakdown’ iaitu anda akan tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk sehingga hilang segala rasa malu dan takut.

Malah, ada juga yang sering pengsan apabila mereka terlalu tertekan.

Baca lagi | Pengguna Masih Sukar Memahami bahawa Haiwan adalah Makhluk Berperasaan

#6. Hanya Ambil Komen Negatif

Selain itu, anda juga hanya akan ambil dan tetap cenderung untuk fokus kepada perkara negatif walaupun terdapat pelbagai hal positif di sekeliling anda.

#7. Alami Panic Attack

Panik attack atau serangan panik adalah suatu keadaan yang seakan sama dengan serangan jantung.

Serangan ini akan membuatkan anda merasa sukar bernafas, jantung berdebar, berpeluh-peluh, sakit dada, pening, menggigil, sakit perut serta lemah tubuh badan.

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya mengalami panic attack berulang kali.

#8. Sukar Jalin Hubungan

Orang yang mengalami ‘anxiety disorder’ sering dibayangi peristiwa lampau hingga ia menjejaskan kehidupan sosial mereka.

Bukan sahaja hubungan dengan orang istimewa, anda juga mungkin menghadapi masalah dengan orang sekeliling terutama keluarga.

Jika anda mendapati semua tanda di atas mirip dengan diri anda, segeralah membuat Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) secara online sebagai langkah awal pencegahan.

Melalui saringan ini, ia akan menilai tahap tekanan, kerisauan atau depresi yang sedang anda alami. Keputusan saringan tersebut pula akan dihantar kepada anda melalui email.

Namun, sekiranya keputusan yang diperoleh tersebut memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan, segeralah berjumpa doktor untuk tindakan susulan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Festival Raya Hooray X Fest – Pengarah Syarikat Didakwa Hari Ini

Read Next

Gergasi Asia Bakal Uji Kemampuan Skuad B-17

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.