The Malaysia Post

Festival Raya Hooray X Fest – Pengarah Syarikat Didakwa Hari Ini

KUALA LUMPUR: Dakwaan akan dibuat ke atas lima individu, termasuk seorang pengarah syarikat penganjuran festival raya Hooray X Fest di Pusat Dagangan Putra (WTC) pada pukul 11 pagi berkenaan kes pembatalan saat akhir festival terbabit pada hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, beliau berkata kesemua suspek yang berumur di antara 23 hingga 74 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dakwa Pada Pukul 11 Pagi

Ke semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah 4, Jalan Duta, pada pukul 11 pagi ini untuk didakwa.

Semalam, seperti yang dilaporkan media, reman untuk pengurus dan pegawai pemasaran Hooray X Fest Raya disambung sehari lagi bagi tujuan untuk melengkapkan siasatan pihak polis.

Kedua-dua suspek tersebut telah direman sejak 21 April yang lalu bagi tujuan siasatan festival beli-belah Syawal, Hooray X Fest Raya yang telah pun dibatalkan saat-saat akhir, pada Selasa lalu.

Baca lagi | Hina Institusi Diraja Malaysia Di FB, ‘Tuk Chik’ Ditahan

Hasil Siasatan Berjaya Tahan 3 Individu

Hasil siasatan itu, pihak polis berjaya menahan tiga individu termasuklah seorang pengarah syarikat yang telah menganjur karnival tersebut.

Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Aliff Hakim yang merupakan penganjur karnival itu berkata, pembatalan saat akhir itu telah menyebabkan bayaran untuk lokasi acara tidak dapat dilunaskan seperti yang dijanjikan.

Pertemuan dengan peniaga-peniaga yang terkesan diadakan pada Selasa lalu oleh Datuk Mohammad Aliff Hakim untuk perbincangan mengenai wang yang dilaburkan serta memberikan pilihan buat mereka.

Baca lagi | Polis Berkas Remaja Lelaki Cabul Kucing di Bukit Panjang

Peniaga Luah Rasa Kecewa

Luahan rasa sangat kecewa kesemua peniaga yang sudah pun menempah gerai jualan raya apabila festival tersebut dibatalkan pada saat akhir.

Pengumuman yang dibuat oleh pihak WTC itu juga menyatakan mereka tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian berlaku akibat pembatalan tersebut. Hal ini menyebabkan enam laporan polis telah dibuat berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata berhubung laporan polis yang dibuat, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan dan berjaya menahan tiga individu, termasuklah seorang wanita yang juga merupakan pengarah serta penganjur festival berkenaan yang berusia di antara 50 tahun dan 51 tahun.

Read Previous

Cicah Lemang Dengan Sekaya, Selera Pelik Ryan Bakery

Read Next

Awas! Ini 8 Tanda Anda Sedang Alami Masalah ‘Anxiety Disorder’

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.