The Malaysia Post

Annuar tempelak Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad ditempelak susulan kenyataannya yang menyifatkan beliau sudah jadi Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), jika mahu mengkhianati mandat rakyat. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata ia susulan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang mendorong mana-mana Ahli Parlimen lompat parti bagi memperkukuhkan kedudukannya, sebelum ini. Barisan Nasional Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata ia susulan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang mendorong mana-mana Ahli Parlimen lompat parti bagi memperkukuhkan kedudukannya, sebelum ini.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mendakwa bahawa rakaman audio dikaitkan dengan dirinya yang tersebar di media sosial kelmarin adalah hasil suntingan dan berniat jahat.

Dr Mahathir mendakwa, beliau sudah mengkhianati mandat rakyat ketika dicalonkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN, jika mahu melakukannya.

Kelmarin, satu lagi klip audio dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 23 Februari lalu, tular di media sosial, menggambarkan suara dikatakan milik Dr Mahathir bersetuju supaya parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, klip audio individu dengan suara mirip Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU memaklumkan supaya memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PH, juga tular di media sosial.

Ia disusuli klip audio kedua yang merakamkan suara mirip Dr Mahathir meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji bagi meletakkan jawatan.

Dalam perkembangan lain, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan kementerian itu memperuntukkan dana bernilai hampir RM1 juta bagi mengatasi masalah gelandangan, termasuk isu perundangan membabitkan golongan itu. Sehubungan itu, katanya, gelandangan akan dihantar ke pusat pemulihan atau bimbingan di Pahang bagi tempoh tiga bulan dengan jumlah itu dipersetujui dalam mesyuarat pasca Kabinet, Kementerian Wilayah Persekutuan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Nasi Goreng, Jho Low dan Najib

Read Next

Muhyiddin terpaksa dikuarantin kerana pegawai yang hadir di mesyuarat Pejabat Menteri positif COVID19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.