The Malaysia Post

Muhyiddin terpaksa dikuarantin kerana pegawai yang hadir di mesyuarat Pejabat Menteri positif COVID19

Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu, disahkan positif COVID19.

Oleh kerana itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya, memaklumkan tindakan itu telah diambil sepantas mungkin.

“Perdana Menteri sudah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. “Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” kata kenyataan itu.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Annuar tempelak Dr Mahathir

Read Next

Malaysia kutuk dan membantah rancangan Israel untuk ilhak kawasan Palestin di Tebing Barat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.