Malaysia kutuk dan membantah rancangan Israel untuk ilhak kawasan Palestin di Tebing Barat

Malaysia menyifatkan tindakan itu sebagai bertentangan undang-undang serta unilateral dan mengutuk serta membantah sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.

Wisma Putra berkata sebarang pengilhakan wilayah Palestin oleh Israel sebagai kuasa penceroboh adalah pencabulan terang-terangan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949 serta Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Resolusi 2334 (2016) Majlis Keselamatan PBB.

Wisma Putra juga berkata Malaysia kekal teguh bersama rakyat Palestin susulan tindakan Israel itu dan menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB melunaskan tanggungjawab terhadap rakyat Palestin yang termaktub dalam piagamnya tanpa bertangguh lagi.

Majlis Keselamatan harus mengutuk dan menolak rancangan pengilhakan Israel serta harus memastikan rancangan tersebut tidak dilaksana, katanya.

J M Riaz

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Muhyiddin terpaksa dikuarantin kerana pegawai yang hadir di mesyuarat Pejabat Menteri positif COVID19

Read Next

Ahli Parlimen BERSATU duduk bersama pembangkang patut gugur keahlian

Langgan
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Inginkan pendapat anda, sila komen.x
()
x