Nak makan di restoran Rembayung milik Khairul Aming? Kini ada cara baharu booking meja Rembayung yang lebih mudah menerusi aplikasi Grab. Sistem ini diperkenalkan bagi membanteras kegiatan scalper yang memborong slot tempahan dan menjualnya semula dengan harga lebih mahal.
Menerusi perubahan ini, pelanggan boleh membuat tempahan sendiri tanpa perlu menggunakan orang tengah. Jadi, peluang untuk menikmati hidangan di restoran popular ini diharap menjadi lebih adil untuk semua.
Jom semak cara baharu booking meja Rembayung di bawah!
Cara Baharu Booking Meja Rembayung
Khairul Aming mengumumkan bahawa semua tempahan meja Rembayung di Kampung Baru kini menggunakan platform Grab Dine Out.
Langkah ini diambil selepas timbul pelbagai masalah melibatkan scalper dan reseller yang mengambil kesempatan dengan menjual semula slot tempahan.
Bagi mengelakkan perkara sama berulang, sistem baharu ini turut menetapkan beberapa peraturan khas untuk pelanggan.
5 Peraturan Baharu Tempahan Meja Rembayung
Sebelum membuat tempahan, korang perlu tahu lima perkara penting ini:
- Satu tempahan setiap dua minggu: Setiap pengguna Grab yang sudah disahkan hanya boleh membuat satu tempahan dalam tempoh dua minggu.
- Tidak boleh pindah milik: Tempahan tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang lain.
- Wajib bawa telefon asal: Pelanggan perlu hadir dengan telefon yang digunakan ketika membuat tempahan.
- Screenshot tidak diterima: Pengesahan perlu dibuat terus melalui aplikasi Grab.
- Deposit RM10 seorang: Deposit akan ditolak daripada bil akhir. Namun, bayaran tidak dikembalikan jika pelanggan membatalkan tempahan atau tidak hadir.
Cara Baharu Booking Meja Rembayung Melalui Grab
Proses tempahan kini lebih tersusun dan boleh dibuat terus menggunakan telefon pintar. Ikuti langkah mudah ini:
- Buka aplikasi Grab.
- Pilih ikon Dine Out.
- Tekan Book a Table dan cari Rembayung.
- Pilih Rembayung – Kampung Baru.
- Tetapkan jumlah pelanggan, maksimum lapan orang.
- Pilih tarikh dan waktu yang tersedia.
- Tentukan pilihan Dine In atau Take Away.
- Isi ruangan Special Requests jika memerlukan bantuan khas.
- Buat bayaran deposit RM10 bagi setiap pelanggan.
- Semak pengesahan tempahan dalam aplikasi Grab.
Untuk makluman, bayi dan kanak-kanak turut dikira sebagai pelanggan dalam jumlah keseluruhan tempahan.
Waktu Makan Yang Ditawarkan Di Rembayung
Bagi pelanggan yang memilih Dine In, terdapat empat sesi makan yang boleh dipilih, bergantung pada kekosongan:
- Sesi pertama: 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
- Sesi kedua: 2.00 petang hingga 2.30 petang.
- Sesi ketiga: 4.30 petang hingga 5.30 petang.
- Sesi keempat: 8.00 malam hingga 9.00 malam.
Untuk Take Away pula, pilihan waktu disediakan pada sesi tengah hari dan petang.
Restoran Rembayung beroperasi setiap hari kecuali Jumaat.
Pelanggan Lama Tak Perlu Buat Tempahan Semula
Bagi pelanggan yang sudah membuat tempahan melalui sistem lama, Umai, korang tak perlu risau.
Tempahan sedia ada masih sah dan pelanggan boleh datang seperti biasa mengikut tarikh yang telah dipilih.
Peminat masakan Khairul Aming dari Singapura, Brunei dan Indonesia juga boleh membuat tempahan. Caranya mudah, cuma tukar tetapan lokasi dalam aplikasi Grab kepada Malaysia sebelum mencari restoran Rembayung.
Secara keseluruhannya, cara baharu booking meja Rembayung ini diharap dapat mengurangkan kegiatan scalper dan memudahkan pelanggan mendapatkan meja tanpa perlu membayar caj tambahan kepada pihak ketiga.
Soalan Lazim (FAQ) Cara Baharu Booking Meja Rembayung
1. Berapa deposit tempahan Rembayung?
RM10 bagi setiap pelanggan dan akan ditolak daripada bil akhir.
2. Boleh tak pindahkan tempahan Rembayung?
Tidak boleh. Tempahan adalah peribadi dan tidak boleh dipindah milik.
3. Boleh guna screenshot untuk masuk restoran?
Tidak boleh. Pengesahan perlu dibuat terus melalui aplikasi Grab pada telefon asal.






