Nasi Goreng, Jho Low dan Najib

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 50, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi keyakinan penuh kepada Jho Low kerana ahli perniagaan dalam buruan itu mempunyai akses peribadi kepada Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata ia juga berdasarkan kepada tingkah laku dan tindakan serta perangai kedua-dua individu itu apabila bersama.

Datuk Shahrol, sebagai saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, pernah pada satu ketika beliau memasak nasi goreng untuk Jho Low dan ahli perniagaan itu meminta beliau menyediakan hidangan sama untuk Najib.

Shahrol Azral berkata Jho Low memberitahunya, Najib menyukai nasi goreng itu, tetapi Shahrol Azral berkata Najib tidak pernah memberitahunya secara peribadi bahawa nasi goreng itu amat sedap.

Beliau kemudian memberitahu mahkamah, pihak pengurusan 1MDB menganggap Petro Saudi International (PSI) yang menjalinkan usaha sama dengan syarikat pelaburan strategik negara itu sebagai menyakitkan hati dan menyusahkan.

Malah menurut saksi, projek PITA yang dijalankan oleh 1MDB bagi memperoleh semula dana daripada PSI telah menjadi bahan lawak dalam kalangan pihak pengurusan syarikat.Ini kerana pengurusan 1MDB menamakan projek itu sebagai PITA kerana P dirujuk sebagai PSI manakala ITA (dalam bahasa Inggeris) bermaksud menyakitkan hati.

J M Riaz

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Ramai Anggota Parlimen didakwa tidur, main telefon semasa ucapan Agong – termasuk Najib dan Zahid

Read Next

Annuar tempelak Dr Mahathir

Langgan
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Inginkan pendapat anda, sila komen.x
()
x