Mahathir Mohamad jawat semula Pengerusi Bersatu

  • By Wendy. V
  • February 27, 2020
  • 0
  • 86 Views

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat semula jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

“Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” kata Marzuki.

Pada Isnin lalu, Tun Mahathir mengejutkan ramai pihak dengan meletak jawatan sebagai perdana menteri. Beliau turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu pada hari yang sama.

Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

[akan dikemaskini]

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *