The Malaysia Post

Agong Yakin Hubungan Malaysia-China Terus Kukuh Walau Dunia Bergolak

KUALA LUMPUR, 16 April 2025 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, menzahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China akan terus kukuh meskipun dunia kini berdepan cabaran geopolitik yang semakin rumit.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk mempererat kerjasama dengan China, terutamanya dalam aspek integrasi ekonomi, pembangunan industri, rantaian bekalan, dan juga ketersambungan serantau.

Baginda turut menekankan bahawa usaha memperkukuh hubungan ini akan terus berpaksikan kepada prinsip saling menghormati dan manfaat bersama, selaras dengan semangat diplomasi yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Pertemuan Istimewa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Xi Jinping di Istana Negara

Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu disampaikan semasa sesi pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping, yang sedang melakukan Lawatan Negara ke Malaysia selama tiga hari. Lawatan ini mencerminkan hubungan diplomatik erat yang telah terjalin antara Malaysia dan China sejak 31 Mei 1974 di samping meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala pada tahun lalu.

Dalam pertemuan tersebut, Yang di-Pertuan Agong menekankan kepentingan dan potensi besar yang ditawarkan melalui Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) oleh China. Baginda menyatakan bahawa inisiatif tersebut membuka ruang strategik yang luas untuk pelabur dan syarikat dari China meneroka peluang pelaburan di Malaysia, khususnya dalam aspek ketersambungan serantau dan pembangunan berkualiti tinggi.

Titah baginda ini jelas menunjukkan sokongan terhadap kerjasama ekonomi dan pelaburan yang lebih mendalam antara kedua-dua negara, dengan harapan agar inisiatif seperti BRI terus memperkukuh hubungan Malaysia-China ke tahap yang lebih tinggi.

Baca lagi | Sultan Johor Dipilih Sebagai Agong ke-17

Forest City dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

Sultan Ibrahim turut menonjolkan Hab Kewangan Khas Forest City, yang kini menjadi antara lokasi pelaburan utama di rantau ini. Dengan kedudukan strategik dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan, kawasan pelaburan ini berpotensi menjadi tumpuan utama pelabur global.

Dalam usaha memperkukuh hubungan rakyat kedua-dua negara, baginda berkenan menjemput kerajaan China mempromosikan pertukaran bahasa dan budaya. Jumlah pelajar yang mengikuti pertukaran pelajar antara Malaysia dan China terus meningkat setiap tahun.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menyatakan hasrat untuk memperluas inisiatif Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU) sebagai satu platform akademik yang menghubungkan Malaysia dan China dari segi bahasa, ilmu dan budaya.

Baca lagi | Putera Mahkota Pahang Kecewa dengan Sindiran Muhyiddin Terhadap Agong

Hubungan Ekonomi China Malaysia Kukuh

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut sejak hubungan dua hala terjalin pada tahun 2009. Pada tahun 2024, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM484.12 bilion, merangkumi 16.8% daripada jumlah keseluruhan dagangan Malaysia yang berjumlah RM2.88 trilion.

Kunjungan rasmi Xi Jinping ke Malaysia ini turut mencerminkan hubungan diplomatik yang semakin erat dan memperlihatkan komitmen kedua-d

Read Previous

Isteri Azlan Komeng, Nilam Nafi Lari Ke Thailand Lepas Fail Fasakh

Read Next

Pelajar UiTM Dikecam Pakai Kostum Mirip KKK, Ini Penjelasan Rasmi Universiti

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *