The Malaysia Post

Wisma Putra mengesahkan kemalangan bas membabitkan 15 warganegara Malaysia di Arab Saudi

The first group of Malaysian Haj pilgrims

Credits: voanews

Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan kemalangan membabitkan bas pekerja yang membawa 15 rakyat Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi, semalam.

Wisma Putra, dalam satu kenyataan hari ini, berkata mereka yang terlibat adalah pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dalam projek perkhidmatan landasan dan kereta api di Makkah.

Susulan kejadian itu, mereka dibawa ke Hospital An Nur dan Hospital King Faisal di Makkah untuk rawatan.

“Dua daripada mangsa mengalami patah bahu dan leher yang serius, manakala selebihnya menerima rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah selepas itu,” katanya.

Menurut Wisma Putra, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung kejadian itu.

Baca Lagi | Wisma Putra mengesahkan kemalangan bas membabitkan 15 warganegara Malaysia di Arab Saudi

Kenyataan itu menambah bahawa Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan kejadian dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kementerian Luar mendoakan semua mangsa pulih segera,” katanya. — Bernama

Read Previous

Pemansuhan hukuman mati di Malaysia belum selesai sehingga Parlimen meluluskan undang-undang, kata Human Rights Watch

Read Next

Swathes Shanghai akan dikembalikan kepada penguncian dalam pemanduan ujian

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Langgani sekarang untuk mendapatkan artikel kami yang terkini, baru, hangat, dan semasa yang dihantar terus ke emel anda
170000 subscribers are here