Skip to main content

The Malaysia Post

Soalan Pendidikan Moral SPM Didakwa Bocor?

PETALING JAYA – Dakwaan kebocoran soalan mata pelajaran Pendidikan Moral Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 mendapat reaksi yang pelbagai dari kalangan orang awam. Ramai pihak yang meluahkan kebimbangan yang amat merunsingkan terutama selepas melihat beberapa tangkap layar yang kini tular di media sosial hari ini. Persoalan mengenai benarkah soalan Pendidikan Moral SPM 2026 didakwa bocor mula menjadi buah mulut ramai pihak.

Menerusi perkongsian yang diketengahkan oleh seorang pengguna Threads @sh1man_, individu tersebut berkongsi mengenai beberapa keping gambar yang didakwa kertas soalan serta skema jawapan bagi soalan Pendidikan Moral SPM 2026 yang dikongsikan. Perkongsian yang dibuatnya ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pihak berkuasa mengenai isu soalan Pendidikan Moral SPM 2026 didakwa bocor ini..

“Sulit ke SPM? Semalam Bahasa Inggeris, hari ini Pendidikan Moral siap ada kertas,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Pengguna threads tersebut bukan sahaja berkongsi mengenai isu soalan Pendidikan Moral SPM 2026 didakwa bocor tersebut, malah dia turut menandai akaun rasmi Lembaga Peperiksaan dan Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Fadhlina Sidek bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan kesahihan berhubung dakwaan kebocoran tersebut.

Antara tangkap-tangkap layar yang dikongsikan pengguna terbabit, dapat dilihat paparan yang jelas mengenai perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang mengandungi gambar dipercayai kertas soalan Pendidikan Moral. Dalam paparan tersebut juga, jelas kelihatan senarai topik dan dokumen menyerupai skema pemarkahan bagi subjek Pendidikan Moral SPM 2026.

Soalan Pendidikan Moral SPM

Susulan perkongsian yang dibuat oleh pengguna platform media sosial itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia menerusi akaun rasminya di Threads, segera tampil memberikan maklum balas. Dalam maklum balas tersebut, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah meminta individu berkenaan segera mengemukakan maklumat lanjut bagi tujuan siasatan yang lebih menyeluruh.

“Terima kasih atas makluman. DM (mesej peribadi) kami untuk maklumat dan siasatan lanjut,” katanya.

Sebaik sahaja tindakan Lembaga Peperiksaan itu membuat hantaran, individu terbabit kemudian membalasnya dengan memaklumkan bahawa dia juga mempunyai semua bukti berkaitan dakwaan kebocoran soalan peperiksaan subjek Pendidikan Moral berkenaan.

Perkongsian mengenai kes kebocoran subjek Pendidikan Moral tersebut setakat ini berjaya meraih lebih 30,000 jumlah tontonan sekali gus mencetuskan persoalan mengenai integriti peperiksaan serta keadilan terhadap calon-calon SPM yang bertungkus-lumus dan bersusah payah membuat semua bentuk persediaan bagi menghadapi SPM 2026.

Walau bagaimanapun, kesahihan mengenai dokumen yang tular serta dakwaan kebocoran soalan peperiksaan Pendidikan Moral SPM 2026 berkenaan masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Soalan Pendidikan Moral SPM Didakwa Bocor

1. Apakah subjek peperiksaan yang didakwa bocor yang kini tular dan meraih perhatian ramai di media sosial?

Subjek peperiksaan yang didakwa bocor yang kini tular dan meraih perhatian ramai di media sosial adalah soalan Pendidikan Moral SPM 2026.

2. Adakah benar soalan Pendidikan Moral SPM didakwa bocor?

Setakat hari ini, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kebocoran soalan Pendidikan Moral SPM tersebut.

3. Adakah individu yang membuat hantaran mengenai kebocoran soalan peperiksaan subjek terbabit mempunyai bukti?

Melalui kenyataan yang dibuat, individu terbabit mengesahkan bahawa dia mempunyai bukti di atas dakwaan yang dibuat.

About Azlan Rosdi

08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Ban RTB Bukit Changgang Pecah Lagi, Penduduk Bimbang Banjir Berulang!

Read Next

Bayi Lima Bulan Tidak Sedarkan Diri di Rumah Pengasuh

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *