Skip to main content

The Malaysia Post

Vokalis Kumpulan XPDC, Mael Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Mael, vokalis kumpulan XPDC, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Muar, Johor pada pukul 9.30 malam pada Khamis, 27 April 2023 akibat penyakit asma.

Berita duka mengenai kematian vokalis kumpulan XPDC ini telah disahkan oleh anak perempuannya, Sharifah Irfatasha melalui satu kiriman melalui WhatsApp yang menyatakan kesahihan mengenai berita kematiannya itu.

Mael atau nama penuhnya adalah Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Muar sebelum disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan.

Pengurus Keluar Kenyataan Melalui Facebook

Pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz memetik satu kenyataan yang diperoleh daripada pengurus kumpulan XPDC, Bro Yazid dalam laman Facebook miliknya yang menyatakan mengenai berita kematian Mael dan menyampaikan ucapan takziah.

Mael dan anggota kumpulan XPDC yang lain iaitu Izo, Zuar dan Amy pernah berjaya mencatat penjualan album terbaik dalam kurun 1990 hingga awal 2000 dengan penjualan melebihi 100,000 unit.

Baca lagi | Muzium Membawa Artis Wanita Tua Keluar dari Bayang-bayang

Beberapa buah album yang mencatatkan penjualan terbaik ialah Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi yang lain.

Pada Ogos 2019, Mael juga pernah dikejarkan ke Hospital Muar kerana sakit dan tidak mampu untuk bergerak.

Fahmi Fadzil Ucap Takziah

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkongsi khabar duka mengenai pemergian vokalis kumpulan rock XPDC iaitu Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael.

Beliau menerusi perkongsian di laman Twitter dan menyatakan bahawa sebagai antara jutaan peminat penyanyi itu, beliau mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Baca lagi | Artis Asing mesti Mematuhi Norma Tempatan untuk Beraksi di Malaysia

Baca Juga:  Token Kripto Solana Kehilangan Kebanyakan Nilainya pada 2022

Fahmi turut mengucapkan Innalillah dan menerima khabar duka mengenai pemergian penyanyi kumpulan XPDC, Mael yang meninggal dunia sebentar tadi.

Lagu kegemaran Fahmi ialah ‘Semangat yang Hilang’. Akhir sekali, Fahmi berharap agar Allah menempatkan arwah Mael dalam kalangan orang yang beriman.

Didoakan semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Perlu Kosongkan Tanah, Penduduk Rayu Campur Tangan Menteri Besar

Read Next

Siasatan Masih Dijalankan Susulan Kematian Dua Kanak Kanak Disyaki Akibat Strok Haba

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *