The Malaysia Post

Ummi Nazeera Bimbang Imej Wanita Berhijab Tercalar

Pelakon Ummi Nazeera, yang memegang watak antagonis dengan imej bertudung, mengakui pernah berasa khawatir jika lakonannya memberi impak negatif terhadap golongan wanita berhijab. Kata Ummi, 33, menjayakan watak antagonis bukan satu masalah besar baginya, tetapi dia lebih bimbang dengan pandangan skeptikal masyarakat terhadap wanita bertudung.

Bagi Ummi, kejahatan sesuatu watak itu pada dasarnya berasal dari jiwa seseorang pelakon, dan bukan semata-mata bergantung pada penampilannya. Jelasnya lagi, bukanlah sukar baginya untuk menjayakan watak antagonis yang berobjektif untuk mempamerkan elemen-elemen kejahatan kerana ia tidak bergantung semata-mata kepada penampilan sahaja, tetapi pada rasa di dalam hati.

Bertudung tapi perangai jahat?

Namun, dia mengakui bahawa pandangan skeptikal masyarakat, seperti ‘bertudung tetapi perangai jahat’, adalah menjadi isu dan kerisauannya. Ummi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah menghakimi seseorang berdasarkan penampilan semata-mata.

Baca lagi | Ketua Penyiasat Kes MH370 Muncul Kongsi Misteri

Harus diakui bahawa Ummi benar-benar mampu berjaya dalam membawa watak-watak antagonis. Asbab ini membawa Ummi kepada rasa bimbang akan merosakkan imej wanita bertudung dalam kalangan masyarakat. Saya berharap penonton melihat dengan sudut positif dan tidak menghukum sesuka hati terhadap seseorang hanya kerana penampilannya. Amalkan konsep jangan menghakimi seseorang berdasarkan luarannya sahaja,” ujarnya pada sidang akhbar Anugerah Drama Sangat, baru-baru ini.

Watak Hafya dipuji buat Ummi resah

Ummi Nazeera yang memiliki nama sebenar Nur Hidayah Zainul Abidin, mengakui berasa tertekan dalam memilih watak selepas keterangannya dipuji ramai ketika membawakan watak Hafya dalam drama Risik Pada Hati tahun. Menurut Ummi, bukanlah mudah untuk memastikan karakter Hayfa yang berat untuk dibawa itu kelihatan hidup. Dia mengakui bahawa memilih watak yang ditawarkan kepadanya sekarang merupakan satu tekanan, kerana tidak mudah membawa dan menyampaikan satu karakter yang baik.

Baca lagi | Joe Biden Ada Kuasa Haramkan Tiktok

Walaupun bimbang dengan pandangan masyarakat terhadap wanita bertudung, Ummi ingin menunjukkan bahawa wanita bertudung juga mampu untuk membawa watak antagonis. Ummi ingin mematahkan stereotaip dan klise dalam bidang lakonan dengan membawa watak antagonis supaya ia dapat diwarnakan lagi. Bagi Ummi, projek selepas drama Rindu Kasih ini ialah membawa watak antagonis, di mana dia ingin mematahkan stigma bahawa semua yang nampak baik sebenarnya bukan baik dan yang nampak jahat sebenarnya bukan jahat.

Oleh itu, dia akan membintangi watak antagonis bagi naskhah seterusnya bagi tahun 2023 yang masih belum diumumkan pengarah Pali Yahya. Sebelum ini, Ummi pernah memegang watak antagonis termasuk wanita psiko dalam beberapa drama dengan imej bertudung seperti Rindu Kasih dan Suri Katriana.

Read Previous

Ketua Penyiasat Kes MH370 Muncul Kongsi Misteri

Read Next

‘ADUN Angkat’ Isi Empat Kerusi Kosong

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.