The Malaysia Post

‘ADUN Angkat’ Isi Empat Kerusi Kosong

Pulau Pinang telah melantik Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Lee Khai Loon, Fadhlina Sidek, dan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai ‘ADUN Angkat’ setelah terdapat pengosongan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Sungai Acheh, Seberang Jaya dan Teluk Bahang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata bahawa keempat-empat ‘ADUN Angkat’ dilantik berdasarkan lokasi terdekat dengan kawasan berkenaan dalam usaha untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan DUN tersebut.

Baca lagi | Ummi Nazeera Bimbang Imej Wanita Berhijab Tercalar

Menurutnya lagi ketika ditemu ramah ketika mengunjungi Pasar Chowrasta sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini, semenjak empat ADUN Bersatu menarik diri daripada Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020 yang lalu, usul melantik keempat-empat ADUN baharu telah pun dilakukan. Usul ini dikemas kini setiap tahun untuk mengambil perubahan tersebut sebagai pengiktirafan.

‘ADUN Angkat’ boleh jaga hati rakyat

Kon Yeow, yang juga merupakan Pengerusi PH Pulau Pinang, berkata tindakan melantik ‘ADUN Angkat’ yang terdiri daripada beberapa ADUN adalah untuk menguruskan kawasan tersebut agar rakyat dan pengundi di kawasan berkenaan tidak merasa terpinggir dan dilindungi oleh kerajaan negeri dengan peruntukan yang sama di kawasan masing-masing.

Baca lagi | Ketua Penyiasat Kes MH370 Muncul Kongsi Misteri

Ahmad Zakiyuddin, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan wakil rakyat Pinang Tunggal, akan menjaga DUN Bertam, Lee yang merupakan ADUN Machang Bubok akan menguruskan Sebarang Jaya, Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau akan menjaga Teluk Bahang, manakala Fadhlina yang merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Menteri Pendidikan diberi tugas menjaga Sungai Acheh.

DUN lulus kosong empat kerusi

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Isnin lepas. Sebaik sahaja diluluskan, keempat-empat ADUN yang terlibat adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) diarah keluar meninggalkan sidang.

Speaker, Datuk Law Choo Kiang, turut memaklumkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi DUN tidak boleh diisi memandangkan DUN akan terbubar kurang daripada dua tahun.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Ummi Nazeera Bimbang Imej Wanita Berhijab Tercalar

Read Next

Sampai Bila-bila Rumput Lembu – TMJ

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.