Skip to main content

The Malaysia Post

Ugutan Terhadap Kamal Adli di Media Sosial Turut Disiasat

Kejadian yang menimpa pelakon terkenal Malaysia, Kamal Adli semasa ekspo perniagaan di Singapura baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak. Kejadian ini berlaku dengan sangat cepat dan dikatakan berpunca daripada isu peribadi dan cemburu.

Namun, pihak berkuasa telah meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara ini. Walaupun begitu, ramai netizen telah menyelongkar semula media sosial Kamal dan Uqasha Senrose, pasangan selebriti yang kini menjadi sebutan ramai.

Komen berbaur ugutan

Mereka telah menemui beberapa komen yang mengugut pasangan tersebut. Ugutan-ugutan tersebut sangat menakutkan dan ada yang boleh membahayakan nyawa mereka. Ramai netizen telah mengaku seram dengan ugutan-ugutan tersebut dan banyak yang telah membuat tangkapan layar (screenshot) sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Baca lagi | Rafizi Tak Peduli Sindiran ‘Raja Formula’

Menurut komen-komen yang masih tidak dihapuskan di media sosial mereka, jelas menunjukkan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang cemburu akan hubungan mereka dan sebahagiannya terlihat seperti obses dengan Uqasha. Namun, Kamal dan Uqasha masing-masing tidak mempedulikan hal tersebut. Spekulasi netizen menyatakan serangan terhadap Kamal Adli di Singapura kemungkinan bermotifkan dendam atau rasa tidak puas hati.

Cedera setelah dipukul dengan cota

Sebelum kejadian ini, Kamal Adli pernah mengalami kecederaan di kepala selepas dipukul berkali-kali menggunakan cota ketika berada di Dewan 5A, Singapura Expo, ketika menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023. Walaupun Kamal sudah sedar dan dijaga oleh isterinya, namun ia tidak mendedahkan lokasi keberadaannya pada masa kini.

Baca lagi | Not A Man’s Dream Hina Islam

Netizen juga dilihat turut bersengketa dalam insiden ini apabila terdapat sebahagian pihak yang menuduh bawah suspek kemungkinan adalah orang Singapura yang sudah lama menyimpan amarah kepada Adli. Percanggahan berlaku dalam media sosial apabila beberapa warganegara Singapura turut membidas komen-komen tersebut dengan menyatakan bahawa negara Singapura adalah negara ‘low crime’.

Baca Juga:  Baru Kenal 5 Minit, Leona Dikecam Kerana Mesra Dengan Lelaki Sepanyol di TikTok

Demikianlah pihak polis menegaskan kepada netizen agar tidak membuat sebarang spekulasi terlebih dahulu sebelum siatan selesai dijalankan supaya tidak menimbulkan isu-isu ketegangan dalam masyarakat.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Rafizi Tak Peduli Sindiran ‘Raja Formula’

Read Next

Juara Dunia, Aaron-Soh Wooi Kalah Awal

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *