The Malaysia Post

TPM Zahid: Kosongkan tapak perkhemahan Berdekatan Lereng Bukit, Sungai

Tapak Perkhemahan Akan Dikosongkan Kerana Keadaan Tidak Menentu

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua tapak perkhemahan berhampiran lereng bukit dan sungai dikosongkan buat sementara waktu berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat akan bermula esok terutama di Pantai Timur.

“Jadi, dikhuatiri hujan lebat akan menyebabkan kejadian lonjakan air,” katanya selepas melawat lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Ladang Organik Bapa di sini hari ini.

Baca Lagi | 10 Permainan Akan Datang Teratas dalam Ps4 2023

Baca Lagi | PKR’s Johari Abdul is new Dewan Rakyat Speaker

Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri Kewangan

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam kejadian pada 2.42 pagi hari ini, kawasan daratan berukuran 300 meter panjang dan 70 meter tinggi merempuh tapak perkhemahan Ladang Organik Bapa.

Dua belas lagi mangsa masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) oleh agensi penyelamat sedang dijalankan, manakala 61 telah diselamatkan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata beliau berharap kejadian tanah runtuh itu menjadi pengajaran dan langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan ia tidak berulang.

Read Previous

PKR’s Johari Abdul is new Dewan Rakyat Speaker

Read Next

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada Gangguan Perjalanan ke Genting Highlands

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.