Warning: Undefined variable $filename in /home/aizeifux4r/public_html/wp-content/plugins/wp-seopress-pro/src/Actions/Sitemap/RenderNewsSitemap.php on line 68
Tips Labur EPF Paling Mudah Guna Akaun 1 KWSP

The Malaysia Post

Tips Labur EPF Paling Mudah Guna Akaun 1 KWSP

Ahli perlu memenuhi kriteria seperti mempunyai jumlah wang yang mencukupi dalam akaun KWSP dan mematuhi syarat-syarat pengeluaran akaun 1 untuk pelaburan unit trust.

Formula pengiraan juga perlu digunakan untuk menentukan jumlah maksimum yang boleh dilaburkan.

Pelaburan dalam unit trust mempunyai risiko, dan setiap pelabur perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan.

Pelabur yang sesuai untuk melabur dalam unit trust termasuklah ibu bapa yang ingin menyimpan untuk pendidikan anak-anak, anak muda yang merancang untuk berkahwin atau membeli rumah dalam tempoh lima tahun ke atas.

Baca lagi | Rakyat Tak Minat Dengan Pinjaman Bercagar KWSP

Syarat Untuk Pengeluaran Akaun 1 Untuk Melabur Dalam Unit Trust

  • Bermula 1 Januari 2017, ahli dibenarkan untuk melaburkan simpanan mereka di bawah
  • Skim Pengeluaran Ahli (SPA). Namun pelaburan ini hendaklah tidak melebihi 30%
  • daripada jumlah simpanan.
  • Pelaburan dibuat melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
  • Jumlah minimum pelaburan RM1,000.00.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA
  • Pelaburan dibuat setiap 3 bulan iaitu selepas dari tarikh pelaburan sebelumnya.

Formula Pengiraan

Berikut merupakan formula untuk kira kelayakan untuk labur wang KWSP dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburkan iaitu:

Cara kira: Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas x 30% = Jumlah Boleh Labur

Boleh rujuk pejabat KWSP atau layari laman web rasmi mereka untuk ketahui baki terkini akaun EPF anda.

Jumlah Simpanan Asas merupakan satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut garis umur.

Tujuan jumlah ini ditetapkan adalah kerana ingin melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum membuat pengeluaran.

Contoh Pengiraan:

Penerangan 1: Encik Hazam berusia 22 tahun yang mempunyai simpanan RM 10,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Cara kira: Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas x 30% = Jumlah Boleh Labur

(RM 10,000 – RM8,000) x 30% = RM600

Maka, Encik Hazam tidak layak untuk melabur unit trust menggunakan Akaun 1 KWSP kerana jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1,000, seperti yang ditetapkan dalam syarat di atas.

Penerangan 2: Puan Rokiah berusia 30 tahun dan mempunyai simpanan RM60,000 dalam Akaun 1 KWSP. Menggunakan formula yang sama,

(RM 60,000 – RM29,000) x 30% = RM9,300

Jadi, Puan Rokiah layak untuk membuat pengeluaran mengikut perkiraan ini. Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan untuk tujuan pelaburan ini adalah RM 9,300 dan jumlah minimum adalah RM 1,000.

Baca lagi | Pencarum KWSP Boleh Mohon Pinjaman Bank Mulai 7 April

Guna Duit KWSP Untuk Melabur Berisiko atau Tidak?

Pelaburan mempunyai risiko yang perlu diambil kira. Oleh itu, sebelum membuat pelaburan, penting untuk melakukan penyelidikan dan mengetahui prestasi kewangan syarikat terlebih dahulu.

Anda juga boleh menilai dana yang boleh dilaburkan melalui KWSP serta prestasi melalui I-Akaun KWSP.

Walaupun terdapat dana pelaburan unit trust yang memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding KWSP, namun menurut laporan akhbar tempatan pada Mei 2016, hanya 20% daripada pelabur yang untung apabila melaburkan wang KWSP ke dalam unit trust.

Manakala, 80% lagi hanya mendapat pulangan yang lebih rendah atau balik modal sahaja. Oleh itu, CEO KWSP menyarankan agar pelabur mengetahui selok-belok dalam pelaburan sebelum membuat keputusan.

Contohnya, terdapat dana unit trust yang mencatatkan pulangan sehingga 30% dalam masa setahun pada tahun 2015.

Individu Yang Sesuai Melabur Dalam Unit Trust

Berikut merupakan senarai individu yang layan melabur iaitu:

  • Untuk simpanan pendidikan anak.
  • Individu yang ingin buat simpanan untuk kahwin lagi 5 tahun ke atas.
  • Individu yang ingin beli rumah lagi 5 tahun ke atas.
  • Kakitangan kerajaan bagi tujuan persaraan selain pencen.

Pelabur juga dinasihatkan tidak bergantung kepada satu dana unit trust semata-mata. Pakar kewangan juga memberitahu bawah pelaburan seharusnya dipelbagaikan ke dalam beberapa dana, dari beberapa syarikat yang diyakini.

Paling penting, jangan ikut orang dan terpengaruh dengan ejen-ejen unit trust tanpa membuat sebarang kajian atau pembacaan yang menyeluruh.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun Lemas Di Tambun

Read Next

Sertai DAP, Khairy Dan Shahril Ada Peluang Cerah Jadi Calon Perdana Menteri – Ong Kian Ming

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.