The Malaysia Post

Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun Lemas Di Tambun

Pada Ahad yang lalu, seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kolam kanak-kanak di sebuah rumah di Tambun. Abang mangsa yang berusia 15 tahun menemui gadis itu terapung di dalam kolam di kediaman jiran datuknya.

Siasatan awal mendapati mangsa pergi melawat keluarga sebelah bersama ibunya ketika berada di rumah datuknya. Siasatan awal mendapati kolam milik jiran datuk mangsa terletak di tepi sebuah rumah.

Ketika kejadian tersebut berlaku, mangsa sedang berada bersama ibunya di rumah menziarahi saudara, sementara bapanya pergi menghantar seorang lagi saudara ke rumah.

Baca lagi | Siasatan Masih Dijalankan Susulan Kematian Dua Kanak Kanak Disyaki Akibat Strok Haba

Temui Lemas Dalam Kolam

Abang mangsa menemuinya terapung di dalam kolam kira-kira jam 6.30 petang dan kanak-kanak tersebut segera dikejarkan ke hospital. Polis menerima maklumat daripada hospital mengenai kematian kira-kira 9.25 malam.

Hasil post-mortem yang dilakukan oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mendapati kematian mangsa akibat lemas. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 33(1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Ini merupakan kes keempat lemas membabitkan mangsa kanak-kanak di daerah Ipoh tahun ini.

Polis mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dan meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan.

Baca lagi | Polis Sarawak: Perompak Makam Rempuh 11 Kubur di Daerah Meradong

Kanak-kanak Bawah 2 Tahun Turut Jadi Mangsa Lemas

Kanak-kanak perempuan yang umurnya bawah 2 tahun juga ditemui lemas di kolam renang di Tambun. Bapa kanak-kanak itu mendapati mangsa terapung dalam keadaan terlentang di dalam kolam itu pada 8.45 malam. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah datuk mangsa.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa berada bersama ibu bapanya di rumah ketika mereka berada di sana untuk melawat. Unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun telah melakukan bedah siasat pada Rabu dan hasil post-mortem tersebut mendapati punca kematian adalah lemas.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak kerana meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah. Jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis ingin menasihati dan mengingatkan orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga agar tidak membiarkan mana-mana anak di bawah jagaan mereka dibiarkan tanpa pengawasan bagi mengelak tragedi yang tidak diingini.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

EPL 2023: Leicester Seri Lawan Dengan Everton

Read Next

Tips Labur EPF Paling Mudah Guna Akaun 1 KWSP

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.