The Malaysia Post

Terowong SMART Ditutup sebagai Persediaan untuk Operasi Banjir di Kuala Lumpur

Terowong SMART

Terowong SMART telah ditutup sepenuhnya kepada pengguna sebagai persediaan menghadapi operasi banjir berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter berkata, penutupan itu dilaksanakan selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran pada 7.13 malam hari ini.

Baca Lagi | MS Projek Memperkukuh Tentera Laut Diraja Malaysia

Baca Lagi | Projek LCS akan Diteruskan, Penghantaran akan dihantar dalam Keadaan Terbaik

Pusat Kawalan Trafik SMART

“Mod 3 telah diaktifkan. Dalam mod ini, terowong ditutup kepada lalu lintas oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dialihkan,” menurut catatan itu.

Status Smart Tunnel boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, [email protected] atau ‘Smart Tunnel’ di Facebook.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, hubungi talian bantuan SMART di 1300887188.

Read Previous

MS Projek Memperkukuh Tentera Laut Diraja Malaysia

Read Next

Hakim Singapura Sabitkan Majikan Mencederakan Dua Pembantu Rumah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.