The Malaysia Post

SPRM Buka Siasatan Mengenai Penyalahgunaan RM600b Dana Kerajaan

Siasatan Terbuka SPRM atas Penyalahgunaan Dana Kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dana RM600 bilion oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai siasatan yang dijalankan agensi itu.

“Ya, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung isu itu (dana RM600 bilion),” katanya ringkas.

Dana RM600 Billion

Kontroversi penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 telah dibangkitkan oleh bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari pada 15 November lalu.

Baca Lagi | Bandar terkaya teratas di Malaysia

Baca Lagi | Lima Perkara yang Fahmi Fadzil Perlu Perbaiki sebagai Menteri Komunikasi Digital

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menyerahkan kepada badan siasatan untuk meneliti isu RM600 bilion yang didakwa diselewengkan oleh kerajaan terdahulu.

Pelanggaran yang Melibatkan Dana

Menurut Anwar, Kementerian Kewangan telah mengakui beberapa pelanggaran melibatkan dana.

Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilaporkan berkata beliau tidak gentar untuk disiasat berhubung dakwaan menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini.

Read Previous

Lima Perkara yang Fahmi Fadzil Perlu Perbaiki sebagai Menteri Komunikasi Digital

Read Next

Bursa Berakhir Bercampur-campur Di Tengah Sentimen Serantau yang Lemah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.