The Malaysia Post

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

ringgit

Credits: produpimage

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian baharu, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, mata wang tempatan itu didagangkan pada 4.4000/4045 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4000/4040.

Ketua ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan mencari petunjuk pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang pada Julai.

Menurut laporan berita

pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell menjangkakan kenaikan kadar 50 hingga 75 mata asas berkemungkinan besar bulan depan.

“Cara kami melihatnya, sekiranya tiada kemungkinan jeda dalam kadar Fed, mata wang pasaran sedang pesat membangun akan kekal lembut.

“Minggu ini, Pengerusi Fed juga dijangka membentangkan kepada Senat AS pada 22 Jun keadaan dasar monetari,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan dijangka kekal lemah sekitar RM4.40 berikutan kebimbangan terhadap pengetatan monetari yang agresif oleh Fed, yang akan menjadi pendorong kepada dolar AS yang lebih kukuh.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Baca Lagi | Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3794/3849 daripada penutup Jumaat 5.4208/4257 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1680/1717 daripada 3.1753/1786 sebelumnya.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2554/2590 daripada 3.2655/2688 dan naik berbanding euro kepada 4.6191/6238 daripada 4.6314/6357 sebelumnya. — Bernama

Read Previous

Nurul Izzah meraih emas ujian masa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Langgani sekarang untuk mendapatkan artikel kami yang terkini, baru, hangat, dan semasa yang dihantar terus ke emel anda
170000 subscribers are here