The Malaysia Post

PRN: Pulau Pinang Bubar DUN Akhir Jun

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada akhir Jun ini untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan negeri PRN lain.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyatakan bahawa setiap negeri mempunyai pertimbangan mengenai waktu yang sesuai untuk membubarkan DUN masing-masing, bergantung kepada majlis-majlis dan acara kerajaan di negeri tersebut.

Semua Negeri PRN Setuju Bubar Jun

Menurut Chow Kon Yeow, keenam-enam buah negeri yang perlu mengadakan PRN telah menyatakan persetujuan untuk membubarkan DUN iaitu dua minggu terakhir pada penghujung bulan Jun setelah membuat pertimbangan mengenai negeri masing-masing.

Bagi negeri Pulau Pinang, rancangan asal iaitu membubarkan DUN pada minggu terakhir Jun, sama ada minggu ketiga atau minggu keempat Jun tetap akan dilaksanakan seperti apa yang telah dirancang.

Enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing pada PRU-15 yang lalu.

Penggal DUN Tamat Ogos 2023

Oleh sebab itu, satu PRN perlu diadakan jika kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau jika DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh.

Baca lagi | Senarai Pendek Calon PRN Negeri Sembilan Selesai, UMNO Negeri Sembilan Akan Serah Dan Tunggu Kata Putus Zahid

Tempoh tamat penggal DUN Pulau Pinang adalah pada Ogos 2023. Pengiraan ini dibuat berdasarkan hari pertama persidangan DUN pada 3 Ogos 2018 selepas PRU-14.

Sebelum itu, Kon Yeow menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sebelum ini telah memohon penyelesaian bagi penyuraian trafik di Seberang Perai.

Melalui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan pada Julai tahun lalu telah bersetuju NCIA menerajui inisiatif projek penambahbaikan jangka masa sederhana iaitu bagi penyuraian trafik antara Juru-Sungai Dua (Lebuh Raya PLUS).

Baca lagi | Pilihan Raya Umum Thailand Segera Dimulai

Pelbagai Kementerian Bergabung Laksana Projek Bawah NCIA

Melalui projek itu juga, NCIA akan menganjurkan bengkel yang melibatkan beberapa pihak kementerian.

Antara kementerian yang terlibat adalah seperti Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS, dan lain-lain bagi melaksanakan perancangan projek penyuraian trafik tersebut.

Selain itu, setelah itu, NCIA sekali lagi memohon peruntukan di bawah Roling Plan 4 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kepada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan Kajian Penyuraian Trafik Seberang Perai demi kepentingan semua pihak.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, permohonan pembentangan semula pelaksanaan kajian telah diperoleh pengesahan daripada Kementerian Ekonomi dan pembentangan turut dijadualkan pada hujung bulan ini yang melibatkan anggaran kos kajiansebanyak RM5 juta dan mengambil masa enam bulan serta hanya dapat dijalankan dijalankan selepas kelulusan diperoleh dan dibentangkan dalam bajet pada bulan Oktober.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Tiada Lagi Subsidi Minyak Petrol Untuk T20 Mulai Tahun Hadapan – Maslan

Read Next

Kebakaran Asrama Di New Zealand: Pasukan Bomba Berjaya Temui Punca Kebakaran Loafers Lodge Namun Gagal Padam Disebabkan Trak 32 Meter Rosak

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.