Skip to main content

The Malaysia Post

Senarai Pendek Calon PRN Negeri Sembilan Selesai, UMNO Negeri Sembilan Akan Serah Dan Tunggu Kata Putus Zahid

UMNO Negeri Sembilan telah senarai pendek semua calon-calon yang bakal bertanding pada PRN Negeri Sembilani tidak lama lagi. Pengerusinya, iaitu Datuk Seri Jalaluddin Alias memberitahu bahawa kesemua calon-calon yang disenarai pendek tersebut mestilah mempunyai potensi tertinggi untuk mencapai kemenangan.

Malah pemilihan bagi calon yang peluang adalah lebih cerah untuk menang ditentukan berdasarkan beberapa prosedur yang perlu dilepasi. Bagi calon yang mempunyai markah tertinggi mereka akan disenarai pendek.

Pilih Calon PRN Bukan Sebab Jawatan atau Kedudukan

Beliau menegaskan bahawa calon-calon yang dipilih bukanlah disebabkan jawatan atau kedudukan dalam parti, tetapi berdasarkan potensi untuk menang.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau semasa berada di Majlis Tautan Kasih dan Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Jelebu yang diadakan di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu, Simpang Pertang pada hari Selasa.

Baca lagi | Siti Fairuz Kembali Bergelar Isteri

Jalaluddin mengatakan bahawa semua calon akan dinilai dan ditapis sebelum disenaraikan pendek untuk dibawa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk keputusan akhir.

Malah, menurutnya juga UMNO bersedia untuk memberikan salah satu kerusi iaitu daripada 15 kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini kepada MCA sekiranya parti tersebut mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.

Tidak Keluarkan Kenyataan Penuh Sensitiviti

Bagi Jalaluddin, sensitiviti ahli parti dan penyokong perlu dijaga oleh pemimpin BN dan PH dengan tidak mengeluarkan kenyataan atau melakukan tindak tanduk yang boleh menyentuh perasaan antara satu sama lain.

Baca lagi | Tiga Stesen Udara Merekodkan Bacaan Tidak Sihat

Melalui Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, daripada 36 kerusi DUN, 16 kerusi telah dimenangi oleh BN iaitu 15 daripadanya adalah milik UMNO manakala satu lagi pula milik MIC iaitu di Jeram Padang.

Baca Juga:  Mahdzir Khalid Bidas Kenyataan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Siti Fairuz Kembali Bergelar Isteri

Read Next

Ini 6 Fakta Sains Yang Paling Menarik Perlu Anda Ketahui

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *