The Malaysia Post

Peruntukan RM3 juta Kepada BSMM – Perdana Menteri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi tujuan untuk terus memperkasakan Badan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Peruntukan ini diumumkan sempena ulang tahun ke-75 badan tersebut. Beliau juga memberitahu bahawa sempena sambutan ulang tahun ke-75 ini, kerajaan turut bersetuju untuk meluluskan beberapa peruntukan seperti yang dinyatakan berikut.

Perkara yang pertama, sebanyak RM1 juta setahun akan diberikan untuk perkhidmatan ambulans kecemasan 999 yang akan dikembalikan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Perkara yang kedua, pemberian geran persediaan menghadapi bencana sebanyak RM1 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA dan sebanyak RM1 juta juga akan disalurkan bagi membuat persiapan pembangunan kapasiti di ibu pejabat dan negeri.

Baca lagi | Malaysia menghantar 70 Personel SMART untuk Membantu Mengesan Mangsa Gempa Bumi di Turki

Berucap Sempena Sambutan Ulang Tahun BSMM

Kenyataan ini dikeluarkan Anwar Ibrahim ketika beliau berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-75 dan ibu pejabat kebangsaan BSMM di sini, pada Jumaat.

Katanya lagi, sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, BSMM perlu terus mempromosikan masyarakat yang adil dan mempunyai nilai hormat, keyakinan dan ihsan.

BSMM cemerlang bagi sebuah organisasi disebabkan oleh adanya dedikasi, komitmen yang tinggi serta semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan.

Selain itu, ujarnya lagi, beliau kagum dengan semangat kesukarelawanan yang telah ditunjukkan oleh semua ahli-ahli BSMM.

Semangat ini juga sepatutnya dicontohi oleh semua lapisan masyarakat. Projek pasca bencana dan pandemik juga perlulah terus disantuni oleh pihak BSMM sehingga kini.

Contohnya seperti bantuan bakul makananyang disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Baca lagi | Rumah Terbuka Malaysia MADANI- Shahidan Persoal Kenapa Perlis Tiada Dalam Senarai

Bertetapan Dengan Konsep Malaysia Madani

Menurut Perdana Menteri juga, beliau amat berharap program yang dilakukan itu tetap terus disalurkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama ataupun kaum kerana ia dapat membantu membentuk minda masyarakat Malaysia yang penyayang.

Menurut Perdana Menteri juga, konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan ini dengan matlamatnya untuk merubah Malaysia dengan harapan negara akan lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati dan bersikap ihsan melalui keyakinan antara satu sama lain bertetapan dengan falsafah yang diamalkan BSMM.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Seri 1-1 Dengan Udinese, Napoli Tamatkan Penantian 33 Tahun

Read Next

8 Kebaikan Minyak Rosemary Pada Kesihatan Tubuh

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.