The Malaysia Post

Persidangan dua cawangan BERSATU perlu diadakan semula

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), membatalkan persidangan cawangan-cawangan dalam Bahagian Kuala Terengganu dan Bahagian Teluk Intan, selepas menerima bantahan daripada ahli parti.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, persidangan cawangan-cawangan dalam dua bahagian itu hendaklah diadakan semula, dalam tempoh persidangan yang ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), bermula 15 Feb hingga 29 Mac depan.

“Persidangan cawangan-cawangan ini hendaklah dikawal selia JPP Pusat dengan kerjasama JPP Negeri. Jawatankuasa ini mendapati sebahagian besar masalah ditimbulkan berkaitan dengan kegagalan untuk mengikut peraturan persidangan, seperti ditetapkan oleh parti.

“Justeru, ahli-ahli diingatkan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai persidangan, kerana keputusan muktamad hanya boleh dibuat oleh JPP Pusat. 

“Kenyataan tidak melalui saluran parti dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan dan konflik sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Hamid berkata seramai 363,173 ahli yang berdaftar, layak menghadiri persidangan di 2,950 cawangan dalam 189 bahagian, sepanjang tempoh yang ditetapkan MPT sebelum ini.

Tegasnya, sejajar dengan arahan tersebut, sebanyak 538 cawangan di 37 bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan masing-masing.

“Keputusan pemilihan di persidangan-persidangan ini tertakluk kepada penelitian dan pengesahan oleh JPP.  Ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan, boleh membuat bantahan secara bertulis kepada JPP, dengan menyertakan aduan secara jelas, termasuk bukti-bukti berkenaan,” katanya.

Syed Hamid berkata bantahan tersebut hendaklah disampaikan kepada JPP, tidak lebih daripada tujuh hari selepas tarikh persidangan.  

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Dua pengadil wanita serikan saingan Liga Malaysia buat pertama kali

Read Next

Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara setelah gagal rayuan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.