The Malaysia Post

Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara setelah gagal rayuan

Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dibawa ke penjara hari ini dan mula menjalani hukuman penjara 17 tahun atas kesalahan rasuah dan penggelapan wang selepas rayuannya untuk mendapatkan hukuman lebih ringan gagal.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengarahkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas Myung-bak, 78 tahun, kerana mendakwa bekas pemimpin itu tidak menunjukkan rasa kesal atau bertanggungjawab atas perbuatannya.

Myung-bak yang memegang jawatan pada tahun 2008 sehingga 2013 itu dipenjara pada 2018 selepas beliau dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan denda 13 bilion Won (RM45 juta), namun dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan.

Beliau disabit bersalah kerana menggelapkan dana berjumlah puluhan juta dolar dan menerima suapan daripada Samsung Electronics sebagai pertukaran mendapatkan pengampunan presiden untuk Pengerusi, Lee Kun-hee yang dipenjarakan kerana mengelakkan cukai.

Pengganti beliau, Park Geun-hye juga sedang menjalani hukuman penjara 32 tahun atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa selepas disingkirkan pada tahun 2017. 

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Persidangan dua cawangan BERSATU perlu diadakan semula

Read Next

NFCP 1: 50 menara dibina di Sabah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.