The Malaysia Post

Penjagaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Dalam memastikan keuntungan industri perniagaan dan perkhidmatan terus menerus membuat lonjakan yang berjaya, sentiasa ada satu elemen yang tanpanya, untung yang besar bukan sesuatu yang dapat kita impikan, iaitu pekerja. Oleh itu, majikan harus memberikan perhatian kepada tenaga kerja dari sudut keselamatan dan kesihatan seperti berikut:

Penjagaan Majikan

Penjagaan majikan terhadap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja di tempat kerja adalah suatu tanggungjawab yang penting. Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pekerjanya bekerja di tempat kerja yang selamat dan bebas daripada risiko kesihatan.

Tanggungjawab ini termasuk penyediaan dan penyelenggaraan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kesihatan, aturan bagi memastikan keselamatan dan ketiadaan risiko kesihatan berkaitan dengan penggunaan, pengendalian, pemakaian, penyimpanan dan pengangkutan bahan-bahan, penyediaan maklumat, arahan dan pengawasan yang diperlukan, penyediaan cara masak dan keluar yang selamat, serta penyediaan persekitaran kerja yang selamat dengan kemudahan yang sesuai dengan kebajikan pekerja di tempat kerja.

Selain itu, setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri perlu menyediakan dasar dan polisi keselamatan dan kesihatan secara bertulis serta memaklumkan pekerja berkenaan dasar dan apa-apa pindaan berkaitan.

Perlindungan percuma

Peralatan pelindung diri (PPE) juga perlu disediakan oleh majikan untuk tujuan mencegah risiko keselamatan dan kesihatan, termasuklah cermin mata, sarung tangan, sarung balut kaki, topi, pelindung kaki dan losyen seperti yang tertulis di bawah Akta Kilang & Jentera 1967. Oleh itu, adalah menjadi tugas seorang pekerja untuk memakai (atau menggunakan) PPE yang disediakan oleh majikan dan mematuhi arahan pegawai KKP yang disediakan oleh majikan atau mana-mana orang lain di bawah Akta.

Baca lagi| Penghapusan Hukuman Mati Mandatori Diluluskan

 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menetapkan bahawa kos untuk penyediaan PPE tidak boleh diletakkan pada pekerja, melainkan menjadi tanggungjawab majikan. Majikan juga harus memberikan arahan yang mencukupi dan memastikan bahawa pekerja memahami cara menggunakan dan memelihara PPE tersebut dengan betul.

Latihan

Majikan juga bertanggungjawab untuk menyediakan pelatihan dan panduan kepada pekerja mereka di tempat kerja. Program latihan harus disemak dan dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun, serta apabila terdapat perubahan akan maklumat mengenai bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, atau apabila pekerja diberi tugas baru atau kawasan kerja baru di mana terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

Mengikut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, program latihan yang disediakan oleh majikan untuk pekerjanya hendaklah didokumentasikan dan disimpan. Dokumentasi tersebut termasuk maklumat seperti jenis latihan yang diberikan, kandungan latihan, tarikh dan masa latihan, serta nama dan jawatan pegawai yang memberikan latihan.

Baca lagi | Gempa Bumi di Sumatera Utara, Gegaran Hingga ke Cameron Highlands

Tujuan dokumentasi ini adalah untuk memastikan bahawa program latihan yang disediakan memenuhi piawaian keselamatan dan kesihatan serta memudahkan pihak berkuasa untuk mengesan masalah keselamatan dan kesihatan.

Sistem pemeriksaan buruh

Sistem pemeriksaan buruh bergantung kepada kuasa yang diberikan oleh undang-undang bertulis, seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Bahagian XIV Akta Pekerjaan 1955. Kuasa pihak pemeriksa adalah berbeza, bergantung kepada orang yang menjalankannya dan tujuan pemeriksaan tersebut. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Ketua Pengarah mempunyai kuasa yang berbeza dalam memeriksa tempat kerja, dengan ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan dalam undang-undang.

Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk memasuki tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa di mana-mana tempat pekerjaan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang pekerja itu bekerja dan untuk memeriksa mana-mana bangunan yang diduduki atau digunakan untuk apa-apa maksud yang berkaitan dengan pekerjaan itu. Selain itu, Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu berhubung dengan apa-apa perkara yang berkenaan di dalam Akta Kerja 1955.

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan boleh memeriksa tempat kerja selain dari kediaman dengan syarat pemilik memberikan persetujuan dan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai terdapat pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Dalam hal ini, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan perlu menunjukkan sijil kebenaran masuk yang berkaitan dengan Seksyen 39 (1) Akta 514 dan 65 Akta 265.

Kesimpulannya, penjagaan majikan terhadap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja di tempat kerja adalah suatu tanggungjawab yang penting. Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya dan menjalin kerjasama yang baik, kita boleh memastikan bahawa tempat kerja kita selamat dan bebas dari risiko kesihatan.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Penghapusan Hukuman Mati Mandatori Diluluskan

Read Next

Jho Low Rancang Beri Sumbangan Kempen Obama – DiCaprio

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.