The Malaysia Post

Pengundian awal bermula di Melaka

Pengundian awal bagi pilihan raya negeri Melaka bermula 8 pagi hari ini membabitkan 11,557 anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing.

Proses pengundian awal akan dijalankan di 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) di 24 DUN sehingga 5.30 petang ini.

Antara Pusat Pengundian Awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak I dan II, Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin serta beberapa balai polis.

Ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan menyaksikan proses pengundian awal yang turut disiarkan secara langsung di Facebook SPR.

Proses pengundian akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan SPR bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pengundi dikehendaki memakai topeng muka, pemeriksaan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan pembersih tangan dan mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki PPA.

SOP itu juga termasuk menggunakan berus pakai buang untuk menanda dengan dakwat jari pengundi bergejala yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius, batuk dan hidung berair.

Bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi, empat slot masa telah disediakan untuk pengundi membuang undi, dan butiran boleh disemak menggunakan aplikasi mySPR Semak atau Portal Semakan Daftar SPR.

Slot masa mengundi ialah 8 pagi hingga 10 pagi, 10 pagi hingga tengah hari, tengah hari hingga 2 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang.

Pilihan raya negeri diadakan berikutan pembubaran 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas selepas empat ADUN menarik balik sokongan mereka kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Proses pengundian awal akan disaksikan oleh ejen calon yang bertanding, dan proses pengundian juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook SPR.

Baca Lagi | Pengundian awal bermula di Melaka

Sementara menunggu proses pengiraan undi pada 20 November ini, peti undi akan disimpan di lokap balai polis.

SPR menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya Melaka pada 20 November dan pengundian awal pada 16 November (esok), berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober selepas empat ADUN menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pengundian adalah pada 20 Nov.

Read Previous

Namewee mempertahankan sindiran China ‘Fragile’ apabila tontonan mencecah 30 juta

Read Next

Ratu skuasy Nicol David dikurniakan gelaran ‘Datuk’

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.