The Malaysia Post

Pengerusi UMNO Johor angkat sumpah sebagai MB

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung pada 5.09 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Berangkat sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hasni, 61, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu yang dilantik sebagai Menteri Besar yang ke-17 pada 14 April 2019.

Rabu lalu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertemu dengan 54 ADUN Johor bagi mengetahui siapa pilihan mereka susulan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Ia menjadikan pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang dua tahun selepas Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Yang di-Pertuan Agong belum yakin ada majoriti untuk bentuk kerajaan baru

Read Next

Muhyiddin Yassin angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-8

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.