Skip to main content

The Malaysia Post

Lapan Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik Pagi Ini

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Sdn dalam notis pemakluman yang dikeluarkan oleh pihaknya memaklumkan bahawa lapan daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik pada pagi ini.

Notis pemakluman yang dikeluarkan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd itu telah dimuat naik di laman Facebook rasmi syarikat itu memberitahu isu bekalan elektrik terputus yang meliputi lapan daerah.  Daerah-daerah terlibat seperti yang tertera dalam notis  adalah Tawau, Sandakan, Semporna, Lahad Datu, Kunak, Beluran, Telupid dan Kinabatangan.

“Pihak Sabah Electricity sedang mengenal pasti punca gangguan dan seterusnya melaksanakan pemulihan secara berperingkat.

“Sabah Electricity amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amat dikesali, terima kasih,” katanya.

Punca kejadian yang menyebabkan Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik masih lagi disiasat pihak berwajib. Walau bagaimanapun, kejadian itu dipercayai berpunca daripada sebuah menara penghantaran bekalan elektrik yang dilaporkan tumbang di daerah Ranau.

Susulan kejadian bekalan elektrik yang terputus di Pantai Timur Sabah, penuh di ruangan platform media sosial mengenai video tular kejadian berdurasi 1 minit 51 saat yang menunjukkan kabel penghantaran elektrik merentas jalan di daerah Ranau akibat menara penghantaran terletak berhampiran tumbang.

Sabah Electricity turut memaklumkan terdapat insiden berkaitan penghantaran bekalan elektrik ke kawasan terlibat dikesan syarikat itu berlaku pada pukul 6.04 pagi tadi.

“Bilik gerakan telah diaktifkan dan pasukan teknikal sedang melaksanakan usaha pemulihan bekalan elektrik terutama di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu secara berperingkat,” katanya.

Setakat berita ini dilaporkan, Sabah Electricity masih lagi sedang giat melaksanakan usaha-usaha pemulihan bekalan elektrik susulan insiden gangguan pada sistem penghantaran elektrik yang dilaporkan berlaku pada jam 6.04 pagi tadi. Usaha yang dilakukan ini menyebabkan beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah lumpuh.

Sabah Electricity juga dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa bilik gerakan telah pun diaktifkan. Pengaktifan bilik gerakan ini bertujuan untuk menyelaras usaha pemulihan bekalan elektrik secara berperingkat di kawasan Sandakan, Tawau dan juga Lahad Datu.

“Sabah Electricity amat memahami kesulitan yang dihadapi pengguna serta kesan gangguan ini terhadap kehidupan seharian, urusan perniagaan dan aktiviti masyarakat,” katanya menerusi Facebook.

Sabah Electricity turut memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas membabitkan insiden tersebut. Bukan setakat permohonan maaf yang dilontarkan badan berwajib tersebut, Sabah Electricity turut memberi jaminan bahawa keutamaan mereka ketika ini adalah untuk memulihkan bekalan elektrik secepat yang mungkin tanpa menjejaskan aspek keselamatan serta kestabilan sistem bekalan elektrik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan juga, sebarang perkembangan terkini berhubung status pemulihan bekalan elektrik akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pemakluman ini akan dibuat menerusi saluran rasmi Sabah Electricity.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Lapan Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik Pagi Ini

1. Berapakah daerah di Pantai Timur Sabah yang terlibat dengan insiden bekalan elektrik terputus?

Sabah Electricity memaklumkan bahawa lapan daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik pada pagi ini.

2. Apakah punca sebenar lapan daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik?

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada sebuah menara penghantaran bekalan elektrik yang dilaporkan tumbang di daerah Ranau.

3. Pada pukul berapakah kejadian lapan daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik ini berlaku?

Sabah Electricity turut memaklumkan terdapat insiden berkaitan penghantaran bekalan elektrik ke kawasan terlibat dikesan syarikat itu berlaku pada pukul 6.04 pagi tadi.

About Azlan Rosdi

08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

WAWASAN Tak Bertanding PRN Sarawak – Wan Saiful

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *